MALAYSIA
Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

Iznan Syahir yang memakai baju kurta berwarna ungu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, atas satu pertuduhan membunuh bapa kandungnya, Sabtu lalu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka, minggu lepas.
Ringkasan AI
- Seorang penganggur didakwa membunuh bapa kandungnya di Bandar Seri Permaisuri, Cheras pada 13 September, dan kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
- Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
- Motif pembunuhan dipercayai berkaitan isu harta keluarga, dan mahkamah menetapkan 11 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 11 Dis untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki menikam bapanya hingga maut selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu harta keluarga.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami