awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa cederakan jiran hingga parah guna pengunci stereng

Sinar Harian
Sinar Harian
30/08/2023
07:37 MYT
Penganggur didakwa cederakan jiran hingga parah guna pengunci stereng
Ahmad (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Rabu, kerana didakwa memukul jiran hingga parah menggunakan batang pengunci stereng kereta. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu kerana didakwa memukul jiran hingga parah menggunakan batang pengunci stereng kereta.
Tertuduh, Ahmad Baba, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Berdasarkan pertuduhan, Ahmad didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah terhadap Zulhelmi Md Yusof, 42, dengan menggunakan batang pengunci stereng kereta sepanjang 54 sentimeter yang mana senjata tersebut jika digunakan dengan salah boleh menyebabkan kematian.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan Kesidang 2/17, Lorong Pandan di sini, kira-kira jam 6.22 petang pada 22 Ogos lalu.
Pertuduhan itu dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mana tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana tertuduh merupakan jiran kepada mangsa dan memohon tarikh baharu untuk serahan laporan perubatan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan dan mempertahankan tindakan yang dilakukan kerana ketika itu nyawanya turut diancam oleh mangsa.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh 24 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukul jiran
#stereng kereta
#Mahkamah Sesyen Melaka
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan