awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa edar dadah bernilai RM2.16 juta

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
28/02/2023
02:50 MYT
Penganggur didakwa edar dadah bernilai RM2.16 juta
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Kluang pada Selasa. - Astro AWANI
KLUANG: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, atas empat pertuduhan mengedar 43.17 kilogram dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM2.16 juta, di daerah ini, pada dua minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh, Ng Kah Jun hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa mandarin dihadapan hakim, Mujib Saroji.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pemuda berusia 27 tahun itu didakwa mengedar 37.42 kilogram dadah jenis ekstasi, selain 3.24 kilogram eramin lima dan 2.5 kilogram dadah ketamin.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam lebih kurang 1.30 petang, di sebuah rumah di Jalan Bidara 2, Taman Suria, disini, pada 16 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup selain dikenakan tidak kurang 15 sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan kimia
Manakala tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Topic Berkaitan
#Dadah
#penganggur
#Ng Kah Jun
#Mahkamah Majistret Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan