awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa kemuka representasi palsu berhubung pembelian skim pelaburan saham

Bernama
Bernama
19/02/2024
15:23 MYT
Penganggur didakwa kemuka representasi palsu berhubung pembelian skim pelaburan saham
Hakim Azrul Darus membenarkan Chuah diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan sama dan menetapkan 21 Mac untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan representasi palsu berhubung pembelian skim pelaburan saham, 10 tahun lepas.
Chuah Hock Heng, 44, didakwa melibatkan diri dalam perbuatan yang beroperasi sebagai penipuan terhadap Ng Chin Wei, 44, dengan membuat representasi palsu kepada lelaki itu berhubung skim pelaburan saham.
Dia didakwa memberi jaminan pulangan sebanyak 10 peratus dalam masa setahun bagi saham-saham Industronics Berhad, MNC Wireless Berhad, Visdynamics Holdings Berhad dan Solution Engineering Holdings Berhad.
Chuah didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di SS2, Petaling Jaya antara 28 Mac dan 30 April 2014 mengikut Subseksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) serta boleh dihukum mengikut Seksyen 182 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda minimum RM1 juta, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti Mohd Aerie Rahman menawarkan jaminan RM250,000 dengan dua penjamin beserta syarat tambahan pasport Chuah diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai dan tertuduh dikehendaki melaporkan diri ke Pejabat Suruhanjaya Sekuriti sebulan sekali.
Peguam Khairul Amin Abdullah pula memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah diisytiharkan muflis dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Hakim Datin Sabariah Othman membenarkan Chuah diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 21 Mac untuk sebutan semula kes.
Di mahkamah berasingan, Chuah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada SC di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara antara Februari dan April 2014 mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) serta boleh dihukum mengikut Seksyen 58(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti Keith Loo menawarkan jaminan RM250,000 dengan dua penjamin beserta syarat tambahan sama seperti dipohon pendakwaan dalam kes Chuah di hadapan Sabariah manakala Khairul Amin mengguna pakai hujah sama berhubung jumlah ikat jamin.
Hakim Azrul Darus membenarkan Chuah diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan sama dan menetapkan 21 Mac untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#pekerjaan tetap
#syarat tambahan
#ikat jamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan