KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu sebuah syarikat pembekal elektrik berhubung pembelian saham lebih RM17 juta, 17 tahun lepas.
Wong Jit Kiang (He), 69, didakwa bersubahat dengan Gordon Toh Chun Toh untuk menipu syarikat Multi-code Electronics Industries (M) Bhd dalam pembelian 11.1 juta unit sahamnya sehingga syarikat berkenaan mengeluarkan deposit tetap mereka sebanyak RM17,646,168.74.
Daripada jumlah tersebut, RM17,552,275.20 telah dipindahkan ke akaun Kenanga Investment Bank Berhad di Standard Chartered Bank Berhad di sini, untuk pembelian saham tersebut oleh Ace Prelude Sdn Bhd.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kenanga Investment Bank Berhad, Taman Pelangi, Johor Bahru antara 26 dan 28 Mac 2007.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 122C(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280) dibaca bersama Seksyen 87A(b) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 88B akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1 juta dan penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Sekuriti, Hashley Tajudin tidak menawarkan jaminan kerana ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun peguam Wan Shahrizal Wan Ladin mewakili Wong memohon jaminan rendah kerana anak guamnya diisytiharkan muflis selain mempunyai penyakit jantung.
"Saya mohon mahkamah mengguna pakai budi bicara untuk membenarkan tertuduh diikat jamin dan sekiranya jaminan dibenarkan, saya mohon satu jaminan yang tidak membebankan dengan mengambil kira faktor usia tertuduh dan beliau juga seorang yang bankrup," kata peguam.
Hakim Azrul Darus tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
--BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Hakim Azrul Darus tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - Gambar fail/Astro AWANI
[TERKIN] Gegar Vaganza 11: Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11
Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet Cinta bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Pengunduran Israel: Penduduk Palestin bergerak melalui Netzarim
Ribuan rakyat Palestin telah melalui kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk pulang ke rumah mereka di utara Gaza.
Sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 feb
Mesir akan menganjurkan sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini di wilayah Palestin.
Prabowo seru media supaya punyai integriti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menekankan kepentingan kewartawanan profesional dengan integriti, menyifatkannya sebagai aset berharga kepada negara.
CPI: Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik, tangga ke 25 tak mustahil
Peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka memberi impak positif, selain daripada pelbagai program serta perancangan anti rasuah yang telah dilaksanakan.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.
Keputusan keahlian akan dibincang dengan presiden UMNO
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
MINDEF di peringkat akhir muktamad tapak Mawilla 4 di Bintulu
Kementerian pertahanan (MINDEF) dalam peringkat akhir muktamadkan pemilihan tapak dengan kerajaan Sarawak bagi pembinaan markas wilayah laut 4 (Mawilla 4) tentera laut diraja malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai
Kanak-kanak yang diselamatkan dari GISB Holdings Sdn Bhd yang masih mempunyai urusan di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu selepas proses di mahkamah selesai.
Usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na’im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Penganggur didakwa tipu pembelian saham lebih RM17 juta
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu sebuah syarikat pembekal elektrik berhubung pembelian saham lebih RM17 juta.