KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi berbaur ancaman melalui aplikasi Twitter dengan mengajak satu perhimpunan ketika tempoh pandemik COVID-19, tahun lepas.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Nur Taufiq Azhar, 27, selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut, turut memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Lelaki itu membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Nur Taufiq didakwa membuat dan memulakan penghantaran "sabtu riot?! TURUN!" yang mengancam sifatnya dengan niat untuk mengganggu orang lain melalui akaun Twitter "Tulangkata @ tul4ng" pada 4.44 petang, 13 Julai tahun lepas.
Hantaran itu kemudian dibaca di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di sini, pada 10.15 pagi, 14 Julai tahun lepas.
MAHKAMAH-PERHIMPUNAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu, Muhammad Nur Taufiq yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia kini tidak bekerja selain menyesal atas tindakannya itu.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS berikutan ciapan yang dimuat naiknya bersifat mengancam iaitu satu ajakan untuk perhimpunan sedangkan ketika itu negara masih di dalam tempoh pandemik.
"Ciapan itu telah mendapat ulang ciap sebanyak 1,819 (kali) dan perhimpunan itu kemudian berlangsung pada 17 Julai 2021. Ajakan perhimpunan tersebut seolah-olah memperlekehkan usaha petugas barisan hadapan dalam menjaga kesihatan rakyat ketika itu," katanya.
Mengikut fakta kes, lelaki itu ditahan pihak polis di Dataran Merdeka di sini, kerana telah berhimpun bersama 20 individu lain tanpa kebenaran pihak berkuasa dan dikenakan kompaun RM2,000 kerana melanggar Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Lelaki itu ditahan pihak polis di Dataran Merdeka kerana telah berhimpun bersama 20 individu lain tanpa kebenaran pihak berkuasa dan dikenakan kompaun RM2,000.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penganggur didenda RM10,000 pamer lima filem cetak rompak
Tertuduh didakwa mempamerkan kepada awam lima salinan langganan karya filem kesemua hak cipta Astro bagi tujuan dagangan melalui Telegram.
Penganggur didenda RM7,000 hantar komunikasi ajak berhimpun ketika COVID
Penganggur didenda atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi berbaur ancaman melalui Twitter dengan mengajak satu perhimpunan ketika pandemik COVID-19.
Penganggur didenda RM2,000 menyamar sebagai anggota polis
Muhammad Shyakir Abdullah, 53, mengaku bersalah memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada dua warga Bangladesh di ibu negara.