KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat penghantaran pernyataan jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman profil Facebook milik sebuah syarikat televisyen swasta, tahun lepas.
Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Lim Eng Seng, 44, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes itu hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu.
Lim didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran pernyataan bersifat jelik menggunakan perkhidmatan aplikasi laman profil Facebook 'NTV7', dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hantaran itu kemudian telah dilihat di sebuah rumah di Jalan Pantai Permai 8, Pantai Dalam, Brickfields di sini pada 4 petang, 14 Mei 2020, mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada OKS dan masyarakat.
"OKS telah membuat komen semasa sidang media rasmi oleh menteri agama pada waktu itu dengan menggunakan perkataan jelik dan tidak bersesuaian dengan adat budaya negara ini," katanya.
Bagaimanapun, Lim yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung keluarga dan tidak mempunyai pekerjaan.
Berdasarkan fakta kes, seorang pengadu membuat laporan polis berkaitan komen-komen yang berbaur hasutan dan menghina agama Islam sewaktu Facebook Live (siaran langsung) di saluran Facebook NTV7 oleh Zulkifli semasa sidang media JPM (Hal Ehwal Agama) berkenaan kebenaran bagi umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat bermula 15 Mei 2020.
Hasil siasatan mendapati penghantaran komen oleh pengguna Facebook 'King Lim' adalah jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Di mahkamah sama, seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam laman profil Facebook miliknya, Mac lepas.
Wan Asshima Kamaruddin, 37, didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil Facebook 'Puteri Mujahidah Wan Asshima Kamaruddin' secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 9.23 pagi, 11 Mac.
Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 6.24 petang, 13 Mac.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jan 2022 untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan TPR Najihah Farhana manakala peguam Dorina Abdullah mewakili Wan Asshima.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021

Seorang penganggur didapati bersalah membuat penghantaran pernyataan jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (gambar)di laman Facebook. - Gambar fail/Astro AWANI

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

Peniaga lepas tanpa bebas buat hantaran komunikasi jelik terhadap Najib, Rosmah
Seorang peniaga dilepaskan tanpa dibebaskan atas pertuduhan membuat serta menghantar komunikasi jelik terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Fahmi Reza dilepas tanpa dibebaskan tuduhan buat hantaran jelik di media sosial
Ia berhubung pertuduhan penghantaran komunikasi jelik di media sosial berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.

Pengawal keselamatan buat hantaran jelik terhadap Sultan Johor didenda RM21,000
"Puan Arif tolong maafkan saya, saya bertindak ikut emosi dan bodoh."

Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik berhubung majlis solat hajat
Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat.

Penulis blog Aspan Alias didenda RM4,500 buat komen jelik terhadap Agong
Seorang penulis blog didenda RM4,500 kerana membuat dan memulakan penghantaran komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook miliknya.

Hina Islam: Penghantar makanan didenda RM50,000
Mohd Nor'muzil didenda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.

Fahmi Reza didakwa lagi buat hantaran jelik di media sosial
Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

Fahmi Reza didakwa buat hantaran jelik berhubung isu kuarantin menteri di Twitter
Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Ibu tunggal didenda RM10,000 buat hantaran jelik, kenyataan memfitnah Agong dan bekas PM
Seorang ibu tunggal didenda RM10,000 kerana membuat penghantaran jelik dan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penganggur didenda RM8,000 buat pernyataan jelik terhadap bekas menteri
Seorang penganggur didenda RM8,000 kerana membuat penghantaran pernyataan jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.