awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok

Bernama
Bernama
04/02/2026
04:30 MYT
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar (kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Seorang penganggur yang ditahan kerana disyaki memukul dan mencabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Bukit Sentosa, Rawang, pada 29 Jan lepas akan dituduh di mahkamah selewat-lewatnya esok.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
"Saya telah dimaklumkan tangkapan dan kertas siasatan pun telah dilengkapkan dan telah mendapat arahan untuk menjalankan pertuduhan.
"Sekiranya tiada halangan, sama ada hari ini ataupun esok akan dijalankan pertuduhan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Pada 30 Jan, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki memukul dan mencabul kanak-kanak perempuan itu.
Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8 malam, 29 Jan dan kejadian berlaku semasa mangsa hendak ke pasar malam bersama-sama abang serta kakaknya.
Suspek yang tidak bekerja juga didapati positif dadah.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#penganggur didakwa
#cabul
#kanak-kanak perempuan
#Rawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan