awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 360 juta individu dijangka sertai pelancongan ais dan salji pada musim sejuk ini
Pulau Pinang catat penurunan perokok
Kontraktor perlu pastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo berjalan lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300

Bernama
Bernama
07/01/2026
01:00 MYT
Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300
lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 4.20 petang ketika menunggang motosikal di Jalan Baharu Ayer Limau-Jeram, Masjid Tanah. - Gambar ihsan IPD Alor Gajah
ALOR GAJAH: Seorang penganggur ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis heroin dan syabu bernilai lebih RM1,300, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Ahmad Abu Bakar berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 4.20 petang ketika menunggang motosikal di Jalan Baharu Ayer Limau-Jeram, Masjid Tanah, di sini.
"Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta didapati positif ujian air kencing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, suspek direman enam hari bermula 5 Jan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
"Siasatan diteruskan bagi mengesan rangkaian sindiket terlibat dan polis berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah menerusi hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-2087222," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penganggur ditahan
#heroin
#suspek
#Ujian air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan