awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai

Bernama
Bernama
04/02/2025
10:15 MYT
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Hussein berkata lelaki itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok.- Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa bagi membebaskan tahanan dari lokap dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan, awal bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri dengan menahan seorang lelaki tempatan yang menyamar sebagai pihak berkuasa.
  • Suspek telah didakwa dan mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan di mahkamah, termasuk penipuan lelongan kenderaan dan urusan pajak gadai, serta kini menjalani hukuman penjara.
  • Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dengan penipuan dan membuat semakan serta pengesahan tawaran dengan agensi berkaitan.

Suspek yang ditangkap pada 1 Jan juga didakwa terlibat dengan penipuan tawaran lelongan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kastam yang tidak wujud serta menipu dalam urusan pajak gadai, perniagaan durian dan tipu berjanji untuk berkahwin.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata penganggur berusia 31 tahun itu telah didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Klang dan Mahkamah Gombak, masing-masing pada 16, 17 dan 24 Jan.
Beliau berkata suspek yang didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 telah mengaku bersalah serta membayar denda yang dikenakan terhadapnya.
"Pada 24 Jan, suspek sekali lagi didakwa di Mahkamah Klang dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 420 kanun sama dan kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kuala Kubu Baharu," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Hussein berkata lelaki itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok, juga di bawah Seksyen 420 kanun sama selain turut terlibat dengan masing-masing satu kes penipuan di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor.
Beliau berkata modus operandi suspek adalah berjumpa secara bersemuka sebelum meminta mangsa memasukkan wang ke akaun peribadi miliknya.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan penipuan yang menawarkan urusan jual beli secara bersemuka atau dalam talian dan membuat semakan serta pengesahan kewujudan tawaran dengan agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penganggur ditahan
#kes penipuan
#Polis Selangor
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan