KULIM: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas di Kulim, pada 5 Oktober lalu.
Tertuduh Shariefuddin Arshad, 57, yang tidak diwakili peguam mengaku faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, B Sripracha Nanthini.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dan menyebabkan kematian, Fatimah Salleh, 79, antara pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Durian Burung, Kulim, 4 Oktober 2022.
Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
Tiada jaminan dibenarkan mahkamah dan mahkamah menetapkan 12 Mac tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, S Arthini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Mohd Redzuan Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan pihak polis menerima satu laporan polis daripada waris warga emas itu pada 5 Okt 2022 yang mengesyaki wanita itu meninggal dunia disebabkan perbuatan jenayah.
Katanya, siasatan telah dilakukan oleh pihak polis dengan bantuan oleh pasukan D10 Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kedah.
Pasukan Forensik telah mengutip beberapa sampel dari tempat kejadian untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia.
Hasil laporan daripada Jabatan Kimia mengesahkan satu profil DNA lelaki telah dikesan di tempat kejadian.
Padanan melalui profil DNA telah dibuat melalui sistem Forensik DNA Databank Malaysia dan didapati terdapat padanan dengan profil DNA suspek.
Penangkapan suspek dilakukan di Serdang.
Pada 6 Okt 2022, Astro AWANI melaporkan kubur seorang wanita warga emas terpaksa digali semula setelah anak kepada mangsa meragui kematian ibunya kerana kemungkinan menjadi mangsa jenayah selepas barang kemas iaitu gelang, dua cincin dan telefon bimbit mangsa hilang.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 09 2023

Padanan melalui profil DNA telah dibuat melalui sistem Forensik DNA Databank Malaysia dan didapati terdapat padanan dengan profil DNA suspek. - Foto Astro AWANI

Pakar ekonomi khuatir Indonesia mungkin terperangkap dengan hutang China
Yusuf mendakwa, Indonesia terpaksa patuh kepada kehendak China bagi memastikan projek Kereta Cepat Jakarta-Bandung siap sepenuhnya.

Isu beras: KKD, KPDN sedia kerjasama tangkis berita palsu
KKD sedia bekerjasama dengan KPDN bagi menangkis berita palsu berhubung isu bekalan beras tempatan.

'Tiga perkahwinan bukan gagal, sebaliknya...' - Engku Emran mohon hormati Noor Nabila
Emran berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.

Pemancing udang dikhuatiri lemas di Sungai Besut
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang galah bersama berhampiran Empangan Pengkalan Nangka (Tok Gong) di Sungai Besut.
Analisis pasca ucapan PM di pentas PBB
Analisis Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof Madya Dr Sufian Jusoh pasca kenyataan negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNGA ke-78.
Gelanggang PRK DUN Pelangai sidah bermula
Lintas langsung bersama wartawan Hasimi Muhamad, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pelangai, berkaitan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
PM Anwar bertemu rakyat, pelajar Malaysia di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.
AS dan China penting untuk kestabilan ekonomi ASEAN - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peri pentingnya bagi ASEAN mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tatkala persaingan strategik kedua-dua kuasa besar ekonomi itu semakin meningkat.
Malaysia sedia berunding berkenaan peta standard China 2023
Perdana Menteri berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sejawatannya dari China Li Qiang serta Menteri Luar Wang Yi, dan Malaysia bersedia untuk mengadakan rundingan berhubung isu yang menimbulkan perbalahan susulan dakwaan China.
Sifat terbuka, bukti kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hakikat bahawa ahli partinya sendiri bebas mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan adalah bukti jelas bahawa pentadbirannya tidak meninggalkan agenda reformasi yang dijanjikan.

Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.

Pasangan kekasih didakwa bunuh warga emas ditemui mati dalam longkang
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di tepi jalan di Ayer Keroh, April lalu.

Warga emas maut dipukul selepas tegur anak buat bising
Seorang wanita warga emas maut dipukul dengan senjata dipercayai pisau dan kapak selepas menegur anaknya yang membuat bising di rumah mereka di Taman Temiang, di sini pada Ahad.

Suami isteri direman kes bunuh warga emas
Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang semalam.

Penganggur dituduh bunuh warga emas
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas di Kulim, pada 5 Oktober lalu.

Gelandangan kudung tangan didakwa bunuh warga emas
Seorang lelaki gelandangan yang kudung tangan kanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga emas.

Polis tahan suspek bunuh wanita warga emas di Taman Paroi Jaya
Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya Seremban.

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Pelabuhan Klang minggu lepas.

Lelaki warga India didakwa rogol dan bunuh warga emas
Seorang lelaki gelandangan warga India dihadapkan ke dua mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan membunuh seorang wanita warga emas bulan lepas.

Kelar dan tikam warga emas: Penganggur didakwa membunuh
Tertuduh Wan Mohd Munir Wan Yusoff, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret, Fatin Dalilah Khalid.