KUANTAN: Keterujaan seorang penganggur untuk menerima hadiah wang 18,000 Euro (RM89,700) daripada kenalannya dari Perancis membawa padah apabila dia kerugian RM418,400 selepas tertipu dengan Love Scam.
Lebih menyedihkan apabila wang terbabit ialah daripada hasil simpanan gaji ibu pengadu yang juga seorang guru.
Kejadian bermula pada 22 Disember tahun lalu apabila mangsa berusia 28 tahun menerima satu pesanan menerusi Aplikasi Cintaku daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Khalish.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki itu mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan dan menetap di Perancis dan mahu berkenaan dengan mangsa.
Menurutnya, selepas lima hari perkenalan lelaki berkenaan memaklumkan mahu mengirimkan wang sebagai hadiah dan meminta mangsa memberikan akaun bank bagi tujuan pemindahan.
"Mangsa kemudian memberikan nombor akaun dan suspek menghantar gambar cek berjumlah 18,000 euro atas nama mangsa.
"Pada 27 Disember lalu, jam 7.37 pagi mangsa telah menerima satu pesanan menerusi emel memaklumkan wang itu akan diterima berjumlah RM89,700 namun mangsa perlu membuat pembayaran berjumlah RM2,000," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohd Wazir berkata, mangsa yang berasal dari Jerantut itu terus membuat pembayaran seperti diminta pada hari sama.
Beliau berkata, selepas itu suspek sering meminta wang untuk tujuan pemprosesan bagi menghantar hadiah itu.
"Justeru, mangsa telah membuat 44 transaksi membabitkan kerugian RM418,400 dalam sembilan akaun bank bermula 27 Disember tahun lalu sehingga 19 Februari lalu," katanya.
Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut setelah merasakan dirinya tertipu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam pada itu, beliau berkata, modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah memperdaya kenalan di aplikasi Cintaku sehingga menyebabkan kerugian.
Sinar Harian
Thu Mar 04 2021
Lebih menyedihkan apabila wang terbabit ialah daripada hasil simpanan gaji ibu pengadu yang juga seorang guru. -Gambar hiasan
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terpedaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terpedaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam'.
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.
Filem 'Oppa' bantu PDRM banteras jenayah scam
Polis Diraja Malaysia jalin kerjasama dengan Dream Film Sdn Bhd terbit filem kesedaran mengenai jenayah scam bertajuk 'Oppa.'
Nenek rugi RM13,000 terjerat 'love, parcel scam'
Mangsa berusia 61 tahun itu terpedaya dalam sindiket 'love scam' setelah berkenalan dengan seorang lelaki didakwa dari London.
Ibu tunggal terpedaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000
Seorang ibu tunggal kerugian lebih RM170,000 akibat terpedaya dengan sindiket 'Love Scam' atau penipuan cinta.
Jururawat lesap RM125,000 terperdaya 'love scam'
Mangsa yang juga seorang ibu tunggal itu berkenalan dengan suspek bernama 'Nor Azman Umar' pada 29 Sept lepas dan berhubung melalui telefon.
Nelayan rugi hampir RM300,000 akibat love scam, pelaburan wang kripto tidak wujud
Mangsa menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang mula dikenalinya menerusi aplikasi WeChat sejak November tahun lalu.
Love Scam: Lebih RM382 juta kerugian direkod, 82 peratus mangsa adalah wanita
Sebanyak 7,548 kes Love Scam direkodkan sejak 2018 hingga Jun tahun ini melibatkan kerugian lebih RM382 juta dengan kira-kira 7,200 individu dilapor menjadi mangsa.
Bahana 'love scam', kontraktor rugi RM98,648
Lelaki berusia 39 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita kononnya dari luar negara pada tahun lalu.