awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin
MALAYSIA
Laluan masuk Plaza Tol Ayer Hitam ditutup susulan tumpahan kimia
DUNIA
Iran umum penarikan semula sekatan internet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Penganggur terlepas tuduhan bunuh bapa saudara

Bernama
Bernama
30/11/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Penganggur terlepas tuduhan bunuh bapa saudara
Mahkamah memerintahkan Ahmad Tarmizi dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah. - Gambar/ X Bernama
TAIPING: Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh bapa saudaranya setelah Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu tiga tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md Nurdin ketika membaca penghakimannya berkata kes tersebut tidak perlu dipanggil untuk pembelaan susulan mahkamah berpuas hati dengan laporan dan keterangan saksi iaitu seorang pakar psikiatri yang mengesahkan tertuduh mempunyai penyakit Skizofrenia sejak 2009.
"OKT (orang kena tahan) juga mempunyai kebergantungan kepada dadah yang memburukkan lagi keadaan.
"OKT berada dalam keadaan mental yang tidak waras dan tidak sedar akan sifat dan akibat daripada perbuatannya serta tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatannya adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang," katanya.
Beliau berkata ketidakwarasan tertuduh juga dibuktikan apabila tertuduh tidak cuba menghapuskan bukti apabila batu-bata yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan masih berada di tempat kejadian.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh Ahmad Tarmizi Harun, 33, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Tarmizi yang masih bujang didakwa membunuh Ahmad Halim Bahari, 61, di halaman rumah di Kampung Piang, Mukim Kerunai, Gerik pada 10 Nov 2020 yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Bagaimanapun susulan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), dia boleh dikenakan hukuman penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang dari 12 kali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sally Chai Mei Ling manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#lepas dan bebas
#tidak siuman
#bunuh bapa saudara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami