awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengangkutan MRT ubah gaya hidup rakyat - Najib

Bernama
Bernama
14/12/2016
01:49 MYT
Pengangkutan MRT ubah gaya hidup rakyat - Najib
Najib berkata projek yang memanfaatkan semua rakyat sebeginilah yang menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya. - Gambar fail
Projek Mass Rapid Transit (MRT) akan mengubah gaya hidup rakyat kepada gaya hidup moden dengan pengangkutan awam menjadi norma dalam kehidupan seharian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata MRT bukan sekadar projek infrastruktur, tetapi sesuatu yang dirangka dengan memikirkan pengguna iaitu rakyat sebagai kriteria paling utama.
"Projek MRT Laluan SBK (Sungai Buloh-Kajang) ini juga bukan satu-satunya projek sedemikian rupa.
"Banyak lagi projek yang telah dan sedang kita rencanakan untuk rakyat dalam masa terdekat dan juga untuk jangka panjang," katanya dalam catatan di laman blognya NajibRazak.com.
Najib dijadual merasmikan Fasa 1 MRT SBK meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan pada Khamis.
Beliau berkata projek yang memanfaatkan semua rakyat sebeginilah yang menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.
"Kita ingin Malaysia maju seiring dengan rakyatnya, bukan mendepani atau meninggalkan rakyat di belakang," katanya.
Beliau berkata projek MRT berkenaan akan menjadi pemula, penggerak dan pemacu kepada mod pengangkutan awam pilihan serta bakal membawa Malaysia yang serba moden dan terus maju ke hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRT
#Najib Razak
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan