awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur perhimpunan jangan cabar kuasa polis atau KDN - Nur Jazlan

Bernama
Bernama
08/10/2015
08:15 MYT
Penganjur perhimpunan jangan cabar kuasa polis atau KDN - Nur Jazlan
Nur Jazlan mengulas kenyataan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Bahrom semalam bahawa Melaka Raya tidak selamat pada perhimpunan Gerak Merah yang dirancang Sabtu ini.
Jangan cabar kuasa polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia hanya merugikan negara, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Majoriti rakyat tidak perlu takut pada suara minoriti kerana polis akan mengambil tindakan yang sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Bahrom yang dikenali sebagai Ali Tinju semalam bahawa Melaka Raya tidak selamat pada perhimpunan Gerak Merah yang dirancang Sabtu ini.
Nur Jazlan berkata perhimpunan tersebut boleh dianggap sebagai perhimpunan haram kerana ia dibuat di tempat yang tidak dibenarkan oleh pihak polis.
"Sekiranya perhimpunan tersebut diadakan ditempat yang dibenarkan oleh pihak polis pun, mengikut Akta Perhimpuan Aman 2012 ia perlu terlebih dahulu mendapat keizinan daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.
Katanya KDN memadang serius akan perkara itu kerana ia boleh mengeruhkan perpaduan di negara ini.
Megulas mengenai perhimpunan Baju Merah yang dirancang di Kajang pada 18 Okt ini, Nur Jazlan berkata perhimpunan sedemikian tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada negara dan pihak polis akan bertindak tegas menanganinya.
Topic Berkaitan
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Nur Jazlan
#Perhimpunan Gerak Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan