awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Penganjur yang ajak dia ke depan' - Syed Saddiq nafi abang wakilinya di acara e-sukan

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2019
05:23 MYT
'Penganjur yang ajak dia ke depan' - Syed Saddiq nafi abang wakilinya di acara e-sukan
Syed Saddiq menjelaskan beliau tidak akan membenarkan ahli keluarga mewakilinya. - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan abangnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman mewakilinya ke pusingan akhir kelayakan e-sukan peringkat kebangsaan Sabtu lalu.
Menerusi akaun Twitternya, Syed Saddiq menjelaskan penganjur acara tersebut yang mengajak abangnya untuk duduk di bahagian depan.
"Dia datang tak dijemput, tetapi bila dikenali diajak ke depan. Tak perlu pun any special treatment.
"Saya tidak akan membenarkan keluarga saya mewakli saya. It’s wrong!" tulis Syed Saddiq.
Its so wrong because its untrue ESM has already come out with a statement correcting this. Dia datang tak dijemput, tetapi bila dikenali diajak ke depan. Tak perlu pun any special treatment. Saya tidak akan membenarkan keluarga saya mewakli saya. Its wrong! https://t.co/PRNkLvKsDg
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 7, 2019
Sementara itu, ESport Malaysia (ESM) dalam satu kenyataan menjelaskan kehadiran Syed Abdullah ke acara tersebut adalah atas kapasiti peribadi.
"Setelah penelitian semula dibuat, beliau (Syed Abdullah) tidak dijemput dan kehadiran beliau pada program tersebut bukanlah mewakili YB Menteri ataupun Kementerian Belia dan Sukan.
"Namun kehadiran beliau adalah di atas kapasiti peribadi sebagai peminat dan penyokong kepada pembangunan industri sukan elektronik," kata kenyataan itu.
ESM juga menjelaskan atas semangat menghormati menteri belia dan sukan, pihaknya menyantuni dan menghargai kehadiran Syed Abdullah yang sangat meminati e-sukan.
Sebelum ini, tular gambar Syed Abdullah di acara tersebut dan didakwa mewakili Syed Saddiq yang tidak dapat hadir.
Topic Berkaitan
#e-sport
#e-sukan
#ESM
#KBS
#Syed Abdullah Syed Abdul Rahman
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan