awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH

Faida Rahim
Faida Rahim
06/07/2024
10:07 MYT
Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH
Naib Presiden MAH, Datuk Khoo Boo Lim (kiri sekali) memberitahu dengan peningkatan kos sara hidup, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk melancong dengan harga mesra bajet dan lebih dekat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Terdapat keperluan untuk menganjurkan pameran pelancongan yang lebih fokus kepada pelancongan dalam negara.
Naib Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kebangsaan, Datuk Khoo Boo Lim memberitahu, dengan peningkatan kos sara hidup, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk melancong pada harga mesra bajet dan lebih dekat dengan rumah.
"Namun, disebabkan oleh keadaan kewangan semasa, terdapat persepsi yang semakin meningkat bahawa penginapan hotel tempatan dan tawaran pelancongan dalam negara menjadi terlalu mahal, sehingga menyebabkan rakyat Malaysia terasa terpinggir.
"Pihak kami ingin menangani dan menolak tanggapan ini. Walaupun harga-harga hotel dan tawaran pelancongan telah mengalami sedikit kenaikan disebabkan oleh kos operasi yang meningkat, kami ingin meyakinkan rakyat Malaysia bahawa industri pelancongan kita masih dalam kategori mampu milik dan boleh diakses oleh penduduk tempatan," katanya ketika berucap di pameran pelancongan domestik MAH Jom Cuti-Cuti Malaysia 2024.
Tambah beliau, industri perhotelan bimbang bahawa persepsi sebegini boleh memberi kesan negatif sekali gus berkemungkinan menghalang warga tempatan untuk meneroka pilihan pelancongan mewah dalam negara.
Beliau memberi contoh, kebimbangan itu dapat dilihat akhir tahun lalu selepas berita melaporkan ribuan rakyat Malaysia melintasi sempadan Thailand sekali gus memberi tekanan besar kepada perkhidmatan imigresen Malaysia.
"Akibatnya, Malaysia muncul sebagai negara asal teratas dalam senarai pengunjung ke Thailand pada tahun 2023 dengan jumlah yang mengagumkan sekitar 4.56 juta pengunjung," katanya.
Terdahulu, pelawat dari Malaysia ke Hatyai meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang setiap hari semasa Krismas dan musim cuti hujung tahun 2023 sekaligus menyumbang lebih 2 bilion baht kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum tahun berakhir.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#industri perhotelan
#Cuti-Cuti Malaysia
#Persatuan Hotel Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan