Skip to main content

Malaysia

Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka diteruskan

KUALA LUMPUR, 17 Julai -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bercakap pada sidang media selepas Majlis Apresiasi dan Sinergi Telekomunikasi Negeri Melaka 2025 malam tadi._BERNAMA
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Mac ini akan diteruskan seperti dirancang. - Gambar fail/Bernama

MELAKA: Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Mac ini akan diteruskan seperti dirancang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Negeri Melaka akan terus menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri ini pada tarikh yang telah kita tetapkan iaitu pada 28 Mac ini dan ia bagi meraikan rakyat,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Moreh Ketua Menteri Bersama Media Melaka di sebuah restoran, di sini, malam tadi.

Pada perhimpunan bulanan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Mac lepas, Ketua Menteri mengumumkan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini bakal berkonsep ‘Melaka Sayang Rakyat’ dan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini, sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.

 

--BERNAMA

Must Watch Video