awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran Sukan Komanwel 2026 tidak membebankan - Nazifuddin

Astro Arena
Astro Arena
13/03/2024
10:37 MYT
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 tidak membebankan - Nazifuddin
Nazifuddin mengesahkan bahawa pihak CGF sudah bersetuju dengan hasrat agar Malaysia menjadi hos bagi Sukan Komanwel 2026, menerusi modul penganjuran Sukan Sea 2017, yang lalu. - Foto Bernama
SETIAUSAHA Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib, menyangkal dakwaan bahawa kerajaan akan merasa terbeban dengan kos penganjuran berdasarkan pakej bernilai RM602 juta yang ditawarkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), kepada Malaysia.
Dia juga mengesahkan bahawa pihak CGF sudah bersetuju dengan hasrat agar Malaysia menjadi hos bagi Sukan Komanwel 2026, menerusi modul penganjuran Sukan Sea 2017, yang lalu.
Pihak CGF juga sebelum ini telah bersetuju dengan modul yang telah pihak MOM kemukakan dimana hanya menggunakan fasiliti yang sedia ada sahaja tanpa perlu membina fasiliti yang baru.
Penganjuran ini juga pasti akan membuka pelbagai tajaan dari dalam atau luar negara justeru akan meningkatkan ekonomi negara dari segi sudut pelancongan memandangkan tahun melawat Malaysia juga pada tahun yang sama.
"Ditawarkan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026 umpama peluang emas kerana kita tidak perlu membayar sebarang yuran penganjuran yang pada kebiasaannya sekitar 25 hingga 30 juta pound.
"Pihak CGF juga bersetuju dengan modul yang telah kita gunakan pada Sukan SEA sebelum ini, dimana kita hanya akan menggunakan hotel dan fasiliti yang sedia ada tanpa perlu mewujudkan lagi fasiliti baru buat para atlet.
"Kita tidak mahu penganjuran kali ini menjadi terlalu gah dengan penggunaan wang yang maksimum, tetapi kita mahu ia berlangsung dengan modul yang baru.
"Semasa penganjuran dahulu, hampir 50 syarikat yang datang memberikan tajaan kepada pihak kerajaan. Memandangkan tahun 2026 merupakan tahun melawat Malaysia, jadi ia sangat sesuai untuk dianjurkan untuk menarik lebih ramai pelancong."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#penganjuran Sukan Komanwel
#Majlis Olimpik Malaysia
#Nazifuddin Najib
#Persekutuan Sukan Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan