awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah antara lima ditahan terlibat penerbitan video iklan judi raya

Bernama
Bernama
19/04/2021
02:31 MYT
Pengarah antara lima ditahan terlibat penerbitan video iklan judi raya
Mohamad Zainal berkata penahanan kesemua mereka dibuat di sekitar ibu negara dan Selangor. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lima lagi individu termasuk pengarah, komposer dan penyanyi yang terlibat dalam pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi ditahan polis malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata penahanan kesemua mereka dibuat di sekitar ibu negara dan Selangor.
“Pengarahnya yang diburu sebelum ini dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dengan tangkapan itu, jumlah keseluruhan individu yang ditahan terlibat dalam pembikinan dua video iklan lagu raya kontroversi tersebut, adalah seramai 18 orang setakat ini.
Mohamad Zainal berkata kesemua lima individu terbabit akan direman hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata polis masih meneruskan siasatan bagi menjejaki sindiket judi dalam talian yang menjadi dalang dalam pembikinan video tersebut.
Sebelum ini, 13 tangkapan dibuat melibatkan pelakon, penerbit dan kru penerbitan pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi itu dengan sembilan tangkapan bagi kes pertama manakala empat tangkapan bagi kes kedua.
Video Judi | Polis buru lelaki dipercayai dalang
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengarah
#komposer
#penyanyi
#pembikinan video iklan lagu raya
#promosi kegiatan judi
#Mohamad Zainal Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan