awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang parah ditetak

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
24/07/2021
10:15 MYT
Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang parah ditetak
Datuk M Ramachandran, 70, diserang sebaik beliau turun dari kereta untuk masuk ke rumahnya sekitar pukul 7 malam pada Jumaat.
BUKIT MERTAJAM: Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Alma, Machang Bubok, di sini pada Jumaat.
Mangsa, Datuk M Ramachandran, 70, diserang sebaik beliau turun dari kereta untuk masuk ke rumahnya sekitar pukul 7 malam.
Beliau yang cedera di bahagian leher, peha, belakang kepala serta badan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai diserang empat lelaki yang menggunakan senjata tajam sehingga mengalami kecederaan parah.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan mangsa kini dirawat di HBM yang mana keadaannya dilaporkan stabil.
"Individu yang melihat kejadian itu diminta tampil atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat di talian 0182926844 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#M Ramachandran
#Pengarah Eksekutif
#Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang
#cedera parah
#diserang sekumpulan lelaki
#lelaki bersenjata
#Hospital Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan