KUALA LUMPUR: Pengarah filem prolifik, Chiu Keng Guan melebarkan sayapnya ke persada antarabangsa apabila mengarahkan sebuah filem bertajuk On Your Mark di China.
Filem genre drama yang mengangkat semangat kesukanan dan kasih sayang bapa bersama anak ini akan mula ditayangkan di China bermula 18 Jun ini.
Tayangan filem itu di negara tersebut menggunakan tajuk On Your Mark terjemahan dari judul asal iaitu “Qi Pao”, manakala untuk pasaran antarabangsa pula naskhah berkenaan akan dipasarkan sebagai “The Great Dad”.
Selain menerima liputan baik daripada media China, penonton di negara itu juga turut berkongsi reaksi sangat positif selepas trailer filem tersebut dilancarkan.
“Sebagai pengkarya filem dari Malaysia, saya sangat teruja apabila berpeluang dan diberi kepercayaan untuk mempersembahkan hasil karya sentuhan saya kepada penggemar dan penonton filem di China.
"Saya harap filem ini mampu menyentuh perasaan penonton di samping mengangkat nama Malaysia di persada dunia menerusi perfileman," kata Chiu.
Filem tersebut terbitan Jiangsu Maoyan Culture Media, Wuxi Cangsheng Film, Tianjin Maoyan Weiying Culture Media, Jiangsu Hao Di Cultural Development, Sports Culture Development Center of the State General Administration of Sports (China Sports Museum) dan Astro Shaw selaku penerbit tunggal dari Malaysia.
"Astro Shaw telah bersama-sama Chiu Keng Guan sejak filem arahan pertamanya lagi pada tahun 2010; dan apabila Astro Shaw terlibat sekali lagi sebagai salah satu penerbit untuk filem On Your Mark, tentunya kami rasa berbesar hati kerana bakat anak seni tempatan mendapat perhatian antarabangsa.
"Kami berharap, pencapaian Chiu Keng Guan dapat menjadi pembakar semangat buat pengkarya di luar sana dan membuktikan industri filem tempatan juga mampu mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa," kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.
On Your Mark membariskan pelakon hebat dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu.
Filem itu mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong yang bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.
Bagaimanapun, cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xio Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya
Sebelum ini, antara hasil karya Chiu yang berjaya mendapat tempat ialah Ola Bola dan The Journey.
Kedua-duanya bukan sahaja mendapat kutipan pecah panggung tetapi juga menerima pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.
Astro Awani
Mon Jun 14 2021
Chiu Keng Guan melebarkan sayapnya ke persada antarabangsa menerusi filem China, 'On Your Mark'. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Angkat tema kekeluargaan, 'MA, I LOVE YOU!' di pawagam bermula 22 Januari ini
Sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, sebuah filem mengetengahkan tema kekeluargaan berjudul -MA, I LOVE YOU! bakal menjengah di pawagam bermula 22 Januari ini.
'Hidup ibarat maraton!' - Selepas cipta sejarah melalui Ola Bola, kini On Your Mark janjikan magis
Ini sentuhan magis daripada pengarah sama yang menghasilkan karya masterpiece Ola Bola dan The Journey.
Pengarah filem 'Ola Bola' dan 'The Journey', Chiu Keng Guan lebar sayap ke China
Filem 'On Your Mark' arahan Chiu Keng Guan akan mula ditayangkan di China bermula 18 Jun ini.
Cintai diri sendiri tanpa syarat, mesej utama filem terbaru Chiu Keng Guan
Chiu yakin filem terbarunya bakal memberi impak besar kepada masyarakat hari ini yang menganggap kecantikan adalah segalanya.
Terus hangat di pawagam, Ola Bola kutip RM14.5 juta dalam 29 hari
Filem Ola Bola terbitan Astro Shaw arahan Chiu Keng Guan berjaya mencatat kutipan box-office RM14.5 juta selepas memasuki hari ke-29 tayangan.
'OlaBola bukan sekadar filem bola sepak' - Pengarah
Chiu Keng Guan menyifatkan filem terbitan Astro Shaw itu memaparkan semangat kekitaan rakyat Malaysia.
'OlaBola' semarakkan kegemilangan bola sepak negara
Filem OlaBola yang dijangka ditayangkan kepada umum pada 28 Januari ini, merupakan sebuah filem yang mengangkat martabat bola sepak kebangsaan sekitar tahun 80-an.
Filem 'Ola Bola' kisah benar pemain bola sepak negara era 80an
Filem terbaharu berjudul "Ola Bola" sentuhan pengarah 'box-office' "The Journey", Chiu Keng Guan mengangkat kisah benar pemain bola sepak negara era 80-an.
Ola Bola filem yang memikul tanggungjawab perpaduan
Ola Bola, filem fiksyen yang bertemakan bola sepak ini merupakan hasil inspirasi terhadap sejarah sukan bola sepak pada era 1970-an.
Pengarah terkejut filem paling laris, mahu arah filem Melayu
Pengarah filem "The Journey", Chiu Keng Guan mengakui tidak pernah menyangka filem itu kini menjadi filem terlaris dalam sejarah.