KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya menghadiri program lawatan kerja di Berlin, Jerman dan Amerika Syarikat (AS), sehingga bulan depan.
Hakim, Suzana Hussin memutuskan demikian ketika sebutan kes yang dihadapi Abdul Hamid Shaikh, 50, atas satu kes menawar rasuah RM7.5 juta kepada ahli perniagaan, Datuk Tan Ser Lay, 61, bagi faedah Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, berhubung konsesi Menara Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Semasa prosiding, peguam, Weera Premananda memaklumkan, anak guamnya akan mengikuti lawatan kerja bagi penempatan sistem operasi di AS pada 23 Februari hingga 1 Mac.
“Sementara di Jerman ialah melibatkan lawatan kerja bagi pameran untuk mempromosi Malaysia di bawah Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), pada 5 hingga 7 Mac.
“Anak guam sentiasa mematuhi terma bagi syarat jaminan yang ditetapkan oleh pihak mahkamah, malah saya percaya pihak pendakwaan tidak akan membantah pemohonan ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi mengesahkan pihak pendakwaan telah meneliti permohonan yang dibuat.
“Kami tidak membantah, namun memohon mahkamah merekodkan pemulangan dokumen perjalanan itu perlu dibuat seawal mungkin,” katanya.
Suzana kemudiannya membenarkan permohonan mendapatkan pasport itu dan memerintahkan tertuduh menyerahkannya kembali pada atau sebelum 21 Mac.
Pada 5 April tahun lalu, Abdul Hamid Shaikh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun (RM7.5 juta) melalui seorang ahli perniagaan.
Ia bagi faedah Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, berhubung konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL), di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, syarikat Hydroshoppe juga didakwa atas pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan itu kepada Ser Lay, bagi faedah Annuar dengan niat yang sama, di lokasi dan pada tarikh serupa.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17A(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana lebih tinggi, atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 22 2024
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport. - Foto Bernama
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.