SHAH ALAM: Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara baru-baru ini, dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya amat berharap individu itu dapat menunaikan janji hadir memberi keterangan selepas gagal berbuat demikian sebelum ini atas pelbagai alasan.
"Sebagaimana yang saya maklum sebelum ini, kita ada terima aduan daripada individu itu pada 21 Mac lepas yang berjanji untuk hadir ke balai bagi memberi keterangan selepas mengaku bagasi berkenaan milik syarikatnya.
"Kita baru mendapat makluman yang beliau akan datang untuk dirakam keterangan esok, 30 Mac bersama bukti yang menunjukkan bagasi itu milik mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata polis perlu merakam keterangan individu itu dan berpuas hati dengan bukti-bukti dikemukakan sebelum memutuskan pihak yang berhak ke atas bagasi berkenaan.
Beliau berkata jika sebaliknya, polis perlu mengikut prosedur ditetapkan seperti menyiarkan notis di bawah perkara siasatan harta tidak dituntut di akhbar untuk mengesan pemilik sebenar.
Oleh itu, kata beliau individu berkenaan perlu hadir bagi dirakam percakapan bersama bukti kukuh, jika tidak polis akan mengikut prosedur sedia ada termasuk merujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengembalikan wang berkenaan kepada kerajaan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 30-an menemukan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 pada 8 pagi Rabu lepas.
Pada hari yang sama, pengarah sebuah syarikat teknologi maklumat membuat aduan di Balai Polis Damansara mendakwa bagasi itu milik syarikatnya, namun sehingga kini individu berkenaan gagal hadir memberi keterangan di mana-mana balai polis.
Dalam perkembangan lain, Hussein berkata siasatan berhubung dua lelaki warga asing yang ditahan disyaki cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan di sebuah pasar raya di Klang, Selasa lepas, mendapati kejadian itu bukan kes culik atau cubaan menculik.
Beliau berkata insiden berkenaan lebih kepada salah faham dan tindakan spontan ibu kanak-kanak itu mempertahankan anaknya.
"Polis, malah saya sendiri telah tengok dua kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan. Dua warga asing itu juga tidak cuba melarikan diri apabila ibu mangsa menjerit dan orang ramai menahan mereka.
"Siasatan mendapati dua lelaki yang mempunyai dokumen perjalanan sah itu bekerja di sebuah syarikat berdekatan pasar raya dan sering ke premis berkenaan membeli barang keperluan. Malah semasa kejadian, tiada situasi mencurigakan berkait cubaan culik seperti ada pihak kedua menunggu di luar premis untuk melarikan mangsa," katanya.
Beliau berkata polis tetap menyiapkan kertas siasatan dan merujuk kepada pihak pendakwaraya sekiranya ada sebarang kesalahan di bawah perundangan dalam insiden itu.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan dua lelaki warga asing disyaki cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan di sebuah pasar raya di Klang, sebelum ditangkap oleh orang awam dan menyerahkannya kepada polis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Hussein (kanan) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Foto Bernama
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Polis belum dapat sahkan pemilik bagasi berisi RM500,000 - KP Selangor
Polis belum dapat mengesahkan sama ada bagasi berisi wang tunai yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah pada Rabu lepas adalah milik sebuah syarikat.