awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’

Bernama
Bernama
23/11/2024
04:05 MYT
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa mengalami kerugian berjumlah RM1,140,320 selepas menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran kira-kira 3 petang, 31 Okt lepas.
JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM1 juta setelah ditipu individu yang menyamar sebagai 'Inspektor Harun.'
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan kes itu semalam daripada seorang wanita berusia 37 tahun yang mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan menerusi panggilan telefon.
Beliau berkata, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM1,140,320 selepas menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran kira-kira 3 petang, 31 Okt lepas.
"Individu yang menghubunginya telah memperkenalkan diri daripada syarikat penghantaran dan memaklumkan bahawa terdapat bungkusan atas namanya yang dikatakan mengandungi buku cek dan 'token' bank.
"Mangsa kemudiannya menafikan ada membuat permohonan serta selepas itu panggilan terus disambungkan kepada polis bagi mangsa membuat laporan penafian," katanya dalam kenyataan hari ini.
M Kumar berkata, mangsa telah bercakap dengan 'Inspektor Harun' dan diberitahu terdapat kad visa miliknya dijumpai dan kad didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
Mangsa seterusnya diarahkan untuk memindahkan semua wang ke akaun lain bagi tujuan siasatan oleh Bank Negara.
"Kerana takut dan bimbang dikenakan tindakan undang-undang, mangsa membuat pindahan wang berjumlah RM1,140,320 ke akaun bank yang diarahkan oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai polis itu.
"Mangsa menyedari telah ditipu setelah diarahkan membuat pindahan wang sekali lagi walaupun sejumlah wang sudah dipindahkan sebelum itu dan membuat laporan polis," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa scam
#Inspektor Harun
#pengarah syarikat
#rugi RM1 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan