awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat rugi RM5.5 juta penipuan pertukaran mata wang

Bernama
Bernama
04/04/2025
00:40 MYT
Pengarah syarikat rugi RM5.5 juta penipuan pertukaran mata wang
Mangsa diminta membuat 15 transaksi bayaran ke tujuh akaun bank berbeza sehingga mencecah RM6.5 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian RM5.5 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam urusan pertukaran mata wang asing.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun yang membuat transaksi pertukaran mata wang ringgit ke mata wang Vietnam untuk pembayaran gaji dan urusan syarikatnya di negara tersebut.
"Siasatan mendapati mangsa mengenali seorang lelaki dari Miri, Sarawak, yang sebelum ini berjaya melakukan beberapa transaksi pertukaran mata wang dalam jumlah kecil.
"Pada penghujung Mac, mangsa melakukan pertukaran dalam jumlah besar sebanyak RM6.5 juta tetapi hanya menerima mata wang Vietnam bernilai RM900,000," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Hussein berkata mangsa diminta membuat 15 transaksi bayaran ke tujuh akaun bank berbeza sehingga mencecah RM6.5 juta.
"Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas suspek memberikan pelbagai alasan dan mengelak daripada membayar baki pertukaran mata wang asing," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya berwaspada dalam urusan pertukaran mata wang asing yang tidak sah dan melakukan transaksi tersebut hanya dengan syarikat yang berdaftar dengan Bank Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan
#urusan pertukaran
#mata wang asing
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan