Skip to main content

Sukan

Glasgow 2026: Izzat Shameer teruskan rentak positif, pairs wanita cemerlang

Sumber: BERNAMA
Izzat Shameer (gambar) meneruskan rentak positif apabila menewaskan Parnis 1.5-0.5 di Scottish Event Campus (SEC) Centre. --fotoBERNAMA
Advertisement

GLASGOW: Pemain boling padang negara Izzat Shameer Dzulkeple melepasi halangan kedua apabila mencatat kemenangan tipis ke atas Shaun Parnis dari Malta dalam aksi Kumpulan D acara singles lelaki Sukan Komanwel Glasgow 2026 di sini, semalam.

Izzat Shameer yang tampil cemerlang dengan kemenangan bergaya pada aksi pembukaan Khamis, meneruskan rentak positif apabila menewaskan Parnis 1.5-0.5 di Scottish Event Campus (SEC) Centre.

Kemenangan itu mengukuhkan peluang Izzat Shameer, yang membuat penampilan kedua di pentas Sukan Komanwel, untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Beliau dijadual berdepan wakil India Putul Sonowal hari ini sebelum bertemu Anwar Hamada dari Kenya pada Ahad dan menutup saingan peringkat kumpulan menentang Ryan Bester dari Kanada Isnin depan.

Sementara itu, gandingan pairs wanita negara Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman turut cemerlang selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sharon Barnes-Kristiane Thorsen dari Kepulauan Falkland dan menundukkan Sara Douglas-Fiona Archibald dari Jersey 2-0 dalam saingan Kumpulan D.

Pasangan negara itu akan berdepan gandingan Kepulauan Cook, Fa’Amanatu Vasie Ngatoko-Poila dan Teokotai Rahui Jim hari ini, sebelum menentang Beth Riva-Caroline Brown dari Scotland pada Ahad serta wakil Kepulauan Norfolk, Ellie Dixon-Christine Jones, pada Isnin.

Juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.

Skuad boling padang negara disasarkan membawa pulang dua pingat tanpa mengira warna pada edisi kali ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement