SUNGAI PETANI: Seorang pengarah urusan syarikat dihukum penjara 10 tahun selepas didapati bersalah melibatkan penipuan pakej umrah ke Mekah dan ziarah ke Mesir terhadap 202 individu, antara tahun 2015 hingga 2016.
Hukuman itu dibuat Majistret Arif Mohamad Shariff selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Misbahalmunir Omar, 56, di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Isnin.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi 23 pertuduhan dan membenarkan semua hukuman dijalankan secara serentak bermula dari tarikh sabitan kes.
Selain itu, mahkamah turut mengecualikan tertuduh daripada hukuman sebatan kerana telah berusia lebih 50 tahun dan membenarkan permohonan pihak pembelaan menangguhkan hukuman berkenaan kerana akan melaksanakan proses rayuan berkaitan sabitan dan hukuman ke Mahkamah Tinggi.
Untuk itu, mahkamah memutuskan untuk menetapkan jaminan RM88,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga selesai proses rayuan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang juga pengarah urusan syarikat Raudah Mawaddah Travel & Tours Sdn Bhd telah melakukan urusan bagi melaksanakan rombongan umrah dan ziarah dengan seorang individu pada tahun 2015.
Individu berkenaan, Amzari Halim yang juga pengadu, seorang perunding dan mutawwif umrah telah diminta memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan tertuduh bagi pembelian tiket perjalanan pergi dan balik.
Bagaimanapun, tiada pemakluman daripada kepada pengadu yang menyatakan bahawa syarikatnya telah gulung tikar sejak 14 Januari 2015 atas perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Selain itu, tertuduh turut meminta pengadu memasukkan wang peserta ke dalam akaun bank milik tertuduh, isterinya dan] pekerja-pekerja syarikat tersebut.
Kesemua 56 transaksi dilakukan dalam tempoh 23 hari antara 2 Nov 2015 hingga 28 Jan 2016 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM434,250 membabitkan 202 peserta.
Tertuduh juga telah menghantar maklumat tiket bagi kesemua peserta pengadu yang mana penerbangan dijadualkan pada 29 dan 30 Januari 2016.
Namun, setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, kesemua itenari tiket yang dibekalkan tertuduh tidak sah pada hari kejadian dan tidak wujud sebelum laporan polis dibuat.
Tertuduh kemudian dihadapkan di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada 26 Jun 2018 dan dikenakan dengan 23 pertuduhan memperdayakan pengadu untuk memasukkan wang yang dikutip daripada 202 peserta berjumlah antara RM2,000 hingga RM36,600 antara 2 November 2015 hingga 28 Januari 2016.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi di sekitar Kedah, Johor, dan Selangor.
Abd Hadi Che Awang
Mon Aug 08 2022
Misbahalmunir Omar didapati bersalah atas 23 pertuduhan dan bagi setiap pertuduhan hukuman dikenakan penjara 10 tahun. Semua hukuman berjalan serentak. - Gambar Astro AWANI
Pantau Belanjawan: Penstrukturan modul TVET, selari arus perubahan industri
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Pemandu maut selepas langgar pintu pagar Rumah Putih
Sebuah kenderaan yang bergerak dengan laju melanggar sebuah pintu pagar Rumah Putih pada Sabtu malam.
[TERKINI] 17 orang diserang kepala air,enam dikhuatiri lemas
Bagi perinciannya, kita bersama Wakil Astro Awani Sabah, Ridzal Abdullah untuk perkembangan situasi terkini.
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata positif - Media Mesir
Kemajuan ketara dicapai dalam rundingan gencatan senjata mengenai konflik Gaza yang berlangsung sejak Sabtu lalu, laporan media Mesir.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama bantuan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dengan keseluruhan 100 kontena melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM12 juta, bermula pada Isnin. Laporan Afiezy Azaman dari Kaherah, Mesir.
Penang FC nyatakan solidariti terhadap Akhyar, Faisal
Pulau Pinang menyatakan solidariti bersama pemain-pemain ini dan berharap mereka dapat menerima rawatan yang sewajarnya dan akan pulih.
Polis jangka 'deefake' libat ahli politik meningkat
Polis menjangkakan jenayah penggunaan imej palsu menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) deepfake membabitkan ahli politik akan meningkat.
Jenayah Komersial di Malaysia meningkat 95.2 peratus dalam tempoh 5 tahun
Jenayah Komersial menyaksikan peningkatan sehingga 95.2 peratus dalam tempoh lima tahun.
Penipuan pakej umrah: Pengarah urusan dihukum penjara 10 tahun
Tertuduh didapati bersalah atas 23 pertuduhan dan bagi setiap pertuduhan hukuman dikenakan penjara 10 tahun. Semua hukuman berjalan serentak.