WASHINGTON: Sebuah kenderaan yang bergerak dengan laju melanggar sebuah pintu pagar Rumah Putih pada Sabtu malam dan pemandunya ditemukan maut, menurut Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

"Sebelum 10.30 malam (1430GMT) pada 4 Mei, kenderaan itu melanggar pintu pagar luar perimeter Kompleks Rumah Putih," kata agensi penguat kuasa undang-undang persekutuan itu pada Ahad dalam satu hantaran di laman X, dahulunya Twitter.

"Protokol keselamatan dilaksanakan dengan pegawai-pegawai memeriksa kenderaan itu," katanya dan menambah "tiada ancaman kepada Rumah Putih."

Penutupan lalu lintas yang terhad masih dikekalkan sementara agensi berkaitan dan jabatan polis tempatan menyiasat insiden itu, kata Anthony Guglielmi, Ketua Komunikasi agensi itu, dalam hantarannya di X. - BERNAMA