MALAYSIA
Pengasuh direman dua hari bantu siasatan kes bayi mati di taska

Pengasuh berusia 26 tahun (tengah) direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Jumaat. - Sinar Harian
MELAKA: Seorang pengasuh taska direman selama dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang berlaku pada petang Rabu lalu.
Ringkasan AI
- Seorang pengasuh wanita berusia 26 tahun direman selama dua hari bagi membantu siasatan kematian bayi lelaki enam bulan yang ditemui tertiarap dan berbedung di atas tilam, dipercayai akibat lemas.
- Bayi disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) di Klinik Utama Ujong Pasir; tiada tanda unsur jenayah ditemui pada tubuh mangsa.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan pihak berkuasa sedang meneliti sama ada berlaku kecuaian atau pelanggaran prosedur penjagaan bayi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan bahawa mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap di sebuah taska di Padang Temu, dipercayai akibat lemas.
Kejadian disedari pengasuh kira-kira jam 5 petang ketika memeriksa keadaan bayi tersebut, namun bayi disahkan meninggal dunia sebaik dirujuk ke Hospital Melaka.
Menurut sumber, pengasuh melihat bayi berkenaan dalam keadaan tertiarap dengan muka sudah kebiruan, lalu segera membawanya kepada pengusaha taska sebelum bayi dikejarkan ke Klinik Utama Ujong Pasir untuk pemeriksaan lanjut.
Doktor cuba memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sementara menunggu ketibaan ambulans, namun bayi tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas sekali lagi diberikan CPR.
Sumber itu memaklumkan hasil pemeriksaan awal tidak menemui sebarang tanda unsur jenayah pada tubuh mangsa. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami