awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh ditahan dipercayai kasari kanak-kanak di taska

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2024
10:31 MYT
Pengasuh ditahan dipercayai kasari kanak-kanak di taska
Wan Kamarul berkata, laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa anaknya berusia dua tahun dikasari di taska berkenaan. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Seorang pengasuh ditahan pada Sabtu dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah taska dekat Putra Perdana di sini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa anaknya berusia dua tahun dikasari di taska berkenaan.
"Kanak-kanak lelaki berkenaan kemudiannya menerima rawatan di sebuah klinik di Putra Perdana.
"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada paha kanan mangsa yang dipercayai dicubit," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, siasatan dijalankan dan membawa kepada tangkapan suspek yang merupakan pengasuh di taska terbabit.
"Suspek berumur 25 tahun itu ditahan di tepi Jalan Labohan Dagang-Nilai untuk siasatan lanjut berkaitan kes.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengasuh ditahan
#mengasari kanak-kanak
#taska
#Putra Perdana
#Polis Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan