awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan cedera dilibas pedang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/08/2022
08:04 MYT
Pengawal keselamatan cedera dilibas pedang
Seorang pengawal keselamatan cedera diserang dengan pedang dan kapak oleh sekumpulan lelaki di tapak projek perumahan Seirra 4 Bukit Bayan, Sungai Petani, pada Khamis.
SUNGAI PETANI: Seorang pengawal keselamatan cedera diserang dengan pedang dan kapak oleh sekumpulan lelaki di tapak projek perumahan Seirra 4 Bukit Bayan, dekat sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian tercetus pukul 4.15 petang apabila mangsa menegur seorang suspek kerana menunggang motosikal secara berbahaya.
“Mangsa sebelum itu menegur seorang lelaki dipercayai pekerja di tapak projek berkenaan dengan perkataan 'hoi' kerana dia menunggang secara berbahaya di kawasan terbabit.
“Suspek naik berang lalu keluar daripada kawasan tapak pembinaan itu sebelum datang kembali bersama tiga lelaki lain.
"Ketika itu berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek dan secara tiba-tiba suspek mengambil sebilah pedang lalu melibas mengenai kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Berikutan itu, mangsa yang berusia 58 tahun mengalami kecederaan di kepala serta tangan kiri.
Katanya, sejurus menerima laporan sepasukan anggota dan pegawai polis bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, susulan daripada itu seorang lelaki berusia 41 tahun berjaya ditahan pada pukul 8 malam hari yang sama dan siasatan lanjut membawa kepada rampasan sebilah pedang dan pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian.
Selain daripada itu, polis turut menahan seorang lelaki dipercayai rakan suspek berusia 37 tahun yang turut berada di lokasi kejadian ketika itu bagi membantu siasatan kes terbabit.
Jelas Zaidy, polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#cedera dilibas pedang
#Bukit Bayan
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan