awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan direman curi 28 unit TV LED milik majikan

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2019
09:11 MYT
Pengawal keselamatan direman curi 28 unit TV LED milik majikan
Thaiveegan berkata suspek berjaya menjual sebanyak enam unit televisyen pada harga di antara RM1,000 dan RM2,000. -Astro AWANI
Empat pengawal keselamatan ditahan polis selepas dipercayai mencuri 28 unit televisyen LED model LG dari sebuah tapak pembinaan di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Dalam kejadian jam 3.45 petang Khamis itu, kesemua suspek bertindak memecah masuk stor simpanan televisyen berkenaan di tapak projek Vervia, Bandar Cassia, Batu Kawan.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A. Thaiveegan, siasatan mendapati suspek warga tempatan dan warga Bangladesh berusia antara 21 hingga 48 tahun itu bertindak berhenti kerja selepas berjaya melarikan kesemua televisyen LED yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dengan menaiki sebuah kereta.
"Daripada siasatan, kita dapati kesalahan ini dilakukan oleh mereka yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di syarikat itu. Mereka telah lakukan sebelum mereka berhenti kerja.
"Siasatan mendapati sekitar 20 hingga 26 suspek memecah masuk ke dalam stor dan membawa keluar set TV itu menggunakan kenderaan yang juga dirampas," kata Thaiveegan.
Kesemua set televisyen itu disimpan di rumah salah seorang suspek sebelum dijual kepada pelanggan.
Menurut Thaiveegan, hasil pemeriksaan lanjut, suspek berjaya menjual sebanyak enam unit televisyen pada harga di antara RM1,000 dan RM2,000.
Katanya, suspek menjual televisyen itu menerusi media sosial dengan mendakwa kononnya barangan tersebut adalah hasil rampasan dan lelongan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Thaiveegan berkata polis berjaya menemukan semula baki set televisyen yang dicuri dan masih mengesan baki suspek yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
Menurutnya, salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan samun.
Katanya semua suspek sudah direman selama tujuh hari dan akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#curi TV
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#JKDM
#pecah rumah
#televisyen
#Thaiveegan
#TV LED
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan