awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan jana pendapatan sampingan hasil ternak kelulut

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
06/10/2021
01:15 MYT
Pengawal keselamatan jana pendapatan sampingan hasil ternak kelulut
Suhaimi berkata, pada awalnya, dia menggunakan madu kelulut sebagai rawatan alternatif untuk mengubati penyakit batuk yang berlarutan hampir setahun pada 2016. - Astro AWANI
HULU TERENGGANU: Bermula dengan satu, kini mempunyai lebih seratus sarang kelulut yang diternak di tiga lokasi di Kampung Machang, Ajil, Hulu Terengganu.
Menurut Suhaimi Salleh, 46, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, dia mula menceburi penternakan lebah kelulut kira-kira lima tahun lalu dan mampu meraih pendapatan lebih RM3,000 sebulan.
Suhaimi berkata, pada awalnya, dia menggunakan madu kelulut sebagai rawatan alternatif untuk mengubati penyakit batuk yang berlarutan hampir setahun pada 2016.
"Saya mencuba madu kelulut Alhamdulillah hilang batuk. Bermula daripada itu saya rasa lebih baik saya bela sendiri.
"Sekarang ini madu tiruan terlalu banyak di pasaran. Saya membeli sesarang dahulu dan selepas itu apabila melihat kelulut itu, saya pun ada rasa minat untuk tambah lagi sarang.
"Lepas itu saya fikir lebih baik saya tambah lagi sarang kerana ini boleh menghasilkan satu pendapatan bagi saya," katanya.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, dia mampu memperolehi sehingga 70 kilogram madu kelulut bagi satu kali tuaian terutama ketika musim panas dan musim buah-buahan.
"Hasil madu ini mengikut musim. Kalau dalam musim bunga mungkin banyaklah sikit madu.
"Dalam tahun ini pada musim bunga saya dapat lebih kurang dalam 60 hingga 70 kilogram sebulan.
"Kalau dalam sekarang ini nak sampai musim hujan, musim hujan ini kita henti menuai. Mungkin tahun depan dalam bulan dua atau bulan tiga barulah kita mula semula," katanya.
Menurutnya, selain di Terengganu, madu kelulut yang dijual pada harga RM70 untuk 300 gram dan RM180 bagi satu kilogram turut mendapat permintaan terutamanya dari Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#madu kelulut
#pendapatan
#lumayan
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan