awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pengebom berani mati' parti Hallowen didenda RM400

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2017
06:24 MYT
'Pengebom berani mati' parti Hallowen didenda RM400
Amjad Jalal melakukan mudarat awam dengan memakai kostum seorang pengebom berani mati di tempat awam di kondominium Armanee Terrace Kondominium Damansara Oktober lepas. - Foto Astro AWANI
Perunding Teknologi Maklumat warga Yaman yang berpakaian ala pengebom berani mati ketika menghadiri parti Halloween didenda maksimum RM400 oleh Mahkamah Majistrer di sini, hari ini.
Hukuman dijatuhkan Majistret Nurulhuda Zakariya selepas tertuduh, Amjad Jalal Ahmed Al-Dahan, 34 mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris.
Mahkamah juga menetapkan penjara empat hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Amjad Jalal melakukan mudarat awam dengan memakai kostum seorang pengebom berani mati di tempat awam di kondominium Armanee Terrace Kondominium Damansara, dekat sini, jam 7.40 petang, pada 28 Oktober lepas.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM400.
Peguam tertuduh, Puan Sri N. Saraswathy Devi memohon tertuduh dikenakan hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah direman selama seminggu dan memohon maaf atas perbuatannya.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazalina Razali, bagaimanapun memohon tertuduh dikenakan hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
Topic Berkaitan
#Amjad Jalal
#Damansara
#denda
#Hallowen
#mahkamah
#pengebom berani mati
#penjara
#Petaling Jaya
#warga Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan