KUALA LUMPUR: Pengecualian surcaj kepada pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah, dikekalkan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Dis ini.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu adalah susulan keputusan kerajaan hari ini untuk melaksanakan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) secara bersasar dalam tempoh tersebut.
Menurut ST, pengguna domestik (tarif DM) dengan unit penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj bagaimanapun akan dikenakan surcaj 2.11 sen per kWj.
Kenyataan itu menyebut pengecualian surcaj ICPT kepada pengguna bukan domestik dalam kategori tarif komersial dan perindustrian voltan rendah (tarif CM1 dan ID1) turut dikekalkan manakala pengguna bukan domestik lain akan mengalami penurunan kadar surcaj daripada 10.04 sen per kWj kepada 2.11 sen per kWj.
Katanya penetapan tarif untuk Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dilaksanakan melalui kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang merangkumi dua komponen utama iaitu tarif asas dan kadar ICPT.
"Tarif asas adalah kekal dalam tempoh kawal selia IBR yang disemak setiap tiga tahun. Namun demikian kadar ICPT diselaraskan setiap enam bulan bergantung kepada perubahan kos bahan api bagi penjanaan elektrik," menurut kenyataan itu.
ICPT merujuk kepada satu mekanisme di bawah IBR yang membolehkan kos bahan api diselaras setiap enam bulan berdasarkan kadar turun naik harga global bahan api.
Menurut ST, pelarasan bagi tempoh enam bulan itu mengambil kira perbezaan antara kos bahan api dan kos penjanaan elektrik sebenar berbanding kos yang diunjurkan dalam penetapan kadar tarif asas SESB.
Katanya sebarang perbezaan antara kos dan unjuran dalam tempoh itu bagaimanapun akan dilepaskan dalam bentuk rebat atau surcaj melalui bil elektrik pengguna.
"Sekiranya kos sebenar melebihi kos yang diunjurkan maka pengguna akan dikenakan surcaj. Namun sekiranya kos sebenar lebih rendah dari kos yang diunjurkan maka pengguna akan menerima rebat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut peningkatan ketara kos bahan api menyebabkan kos penjanaan elektrik meningkat sebanyak 13 peratus berbanding yang diunjurkan dalam penetapan tarif asas justeru memberi impak kepada terhadap kos ICPT dan tarif elektrik secara amnya.
"Dalam konteks ini, purata harga diesel dan medium fuel oil (MFO) telah meningkat masing-masing sebanyak 58 peratus dan 78 peratus berbanding harga bahan api yang diunjurkan dalam tarif asas bagi tempoh sama melalui tempoh kawal selia pertama (RP1) di bawah kerangka kerja IBR," katanya.
Menurut ST, bagi mengurangkan impak pelarasan bersasar itu kepada pengguna, kerajaan memperuntuk sejumlah RM54.3 juta sebagai subsidi kepada kategori pengguna yang terlibat.
ST turut menasihati pengguna untuk menjimatkan penggunaan elektrik dengan bijak melalui penggunaan peralatan cekap tenaga selain melaksanakan penyelenggaraan terhadap peralatan elektrik secara berkala dan menutup suis apabila tidak digunakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Pengecualian surcaj kepada pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah, dikekalkan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Dis ini. - Gambar fail/TNB
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pengecualian surcaj elektrik domestik tidak lebih 1,500 kWj kekal di Sabah, Labuan
Menurut ST, pengguna domestik (tarif DM) dengan unit penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj bagaimanapun akan dikenakan surcaj 2.11 sen per kWj.