awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengecualian waktu kerja syift pengiktirafan kepada petugas kesihatan - Dzulkefly

Bernama
Bernama
12/07/2025
02:30 MYT
Pengecualian waktu kerja syift pengiktirafan kepada petugas kesihatan - Dzulkefly
Dzulkefly merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar atas pengumuman pengecualian waktu bekerja syif kepada 82,637 petugas kesihatan. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Pengecualian waktu kerja syif bagi lima skim perkhidmatan kritikal di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi dan semangat petugas kesihatan dalam membantu pesakit.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman pengecualian waktu bekerja syif kepada 82,637 petugas kesihatan.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keputusan itu merupakan bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memahami serta menghargai pengorbanan petugas kesihatan dari aspek fizikal, mental dan emosi.
"KKM menyambut baik keputusan mengekalkan waktu kerja semasa iaitu 42 jam seminggu bagi lima skim perkhidmatan kritikal di bawah kementerian ini.
"Ia satu bentuk pengiktirafan terhadap dedikasi dan semangat petugas kesihatan yang membantu pesakit yang bertarung nyawa setiap hari dan masa," katanya.
Dzulkefly berkata, keputusan itu adalah hasil kolaborasi menyeluruh pelbagai pihak, khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kesatuan dan persatuan berkaitan, Bahagian Kejururawatan serta Bahagian Sumber Manusia KKM.
"Ini membuktikan semangat berpasukan dan pendekatan whole-of-nation mampu menghasilkan penyelesaian terbaik untuk rakyat. KKM akan terus berusaha membawa lebih banyak perubahan positif.
"Dengan izin Allah SWT, semoga lebih banyak berita baik dapat diumumkan untuk KKM, selari dengan strategi reformasi kesihatan yang dirancang," katanya.
Semalam, kerajaan bersetuju memberi pengecualian terhadap pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam seminggu kepada lima skim perkhidmatan kritikal KKM, dengan mengekalkan waktu bekerja kepada 42 jam seminggu.
Pengecualian itu melibatkan 82,637 petugas barisan hadapan merangkumi jururawat, jururawat masyarakat, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, penolong pegawai perubatan serta pembantu perawatan kesihatan.
JPA sebelum ini memaklumkan, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan oleh petugas kesihatan terhadap pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petugas kesihatan
#waktu kerja syif
#skim perkhidmatan kritikal
#Kementerian Kesihatan
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan