awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengedar air ketum diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2021
22:00 MYT
Pengedar air ketum diberkas
Suspek telah dibawa ke Balai Polis Kajang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. - Gambar hiasan
KAJANG: Seorang lelaki disyaki pengedar air ketum ditahan di Jalan Sungai Balak, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia lingkungan 50an itu ditahan pada jam 5 petang.
"Hasil pemeriksaan, kita menemui tiga tong ais berisi 63 bungkusan air ketum yang telah siap diproses serta dibungkus bagi tujuan pengedaran di sekitar kawasan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Menurutnya, hasil rampasan dianggarkan bernilai RM1,260.
"Suspek telah dibawa ke Balai Polis Kajang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.
Mohd Zaid menasihati orang ramai sekiranya terdapat sebarang maklumat jenayah atau kemalangan, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan selanjutnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#air ketum
#lelaki
#Edar
#Mohd Zaid Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan