LAHAD DATU: Seorang pengedar dadah maut ditembak selepas bertindak agresif merempuh polis dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Op Tapis dalam kejadian di tepi jalan Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) Fasa 2 di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, suspek berusia 28 tahun memandu kereta jenis Perodua Viva turut membawa dadah jenis syabu sebanyak 7.45 gram serta parang samurai.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas dilanggar suspek ketika menjalankan operasi berkenaan.
"Bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah, semasa sepasukan polis hendak menahan sebuah kereta yang dinaiki suspek, secara tiba-tiba suspek bertindak mengundurkan kenderaannya dengan agresif dan merempuh salah seorang anggota polis.
"Suspek juga membuat 'u-turn' sebelum memecutkan kenderaannya dalam pergerakan melawan arus serta merempuh seorang lagi anggota serbuan yang cuba menghalang suspek, namun dalam masa sama anggota terbabit sempat melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertahankan diri sebelum dilanggar," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, suspek kemudian cuba memecutkan kenderaannya untuk melarikan diri, namun terbabas pada jarak sejauh 400 meter dari lokasi kejadian.
"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Hasil semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau melibatkan pelbagai kesalahan narkotik dan merupakan orang dikehendaki bagi kes jenayah komersil dan hasil pemeriksaan juga menemui syabu bernilai RM1,490 serta samurai turut dirampas," katanya.
Rohan Shah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar syabu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 09 2023
Kereta Perodua Viva dipandu suspek terbabas pada jarak sejauh 400 meter dari lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Lelaki langgar kereta, cuba rempuh polis ditahan
Polis mengesahkan kejadian sebuah Proton Waja melanggar beberapa kereta selain cuba merempuh anggota polis di Jalan Persiaran Kamunting, di sini Ahad lalu.
Pengedar dadah rempuh polis maut ditembak
Suspek berusia 28 tahun, memandu kereta Perodua Viva, turut membawa dadah jenis syabu sebanyak 7.45 gram serta parang samurai.
Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari
Seorang lelaki warga asing direman empat hari mulai hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh anggota polis dan ingkar arahan polis dalam satu insiden semalam.
Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah
Ketika anggota polis menghampiri kenderaan itu, pemandu yang merupakan lelaki berumur 24 tahun didapati sedang mengeluarkan selaras senjata api.
Suspek warga asing cuba rempuh polis ditahan
Seorang lelaki warga asing berjaya ditahan polis selepas bertindak agresif serta hampir merempuh anggota polis dalam cubaan untuk melarikan diri, di Manggatal.
Suspek curi kenderaan cuba rempuh, polis lepas dua das tembakan
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek sempat meloloskan diri.
Suspek curi kereta cuba rempuh polis, dua das tembakan dilepaskan
Seorang anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek berjaya meloloskan diri.
Rempuhan kereta: Lelaki didakwa cuba bunuh polis dan miliki senjata berbahaya
Dua lelaki yang terbabit dalam insiden rempuhan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, pada 26 Februari lalu dihadapkan ke mahkamah hari ini.