awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran akaun 1 KWSP terpaksa dibenarkan demi rakyat yang kesusahan - PM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
07/11/2020
15:00 MYT
Pengeluaran akaun 1 KWSP terpaksa dibenarkan demi rakyat yang kesusahan - PM
Kerajaan akhirnya mengalah kerana sedar permintaan itu datangnya daripada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui keputusan membenarkan pengeluaran wang daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terpaksa dibuat demi membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19.
Katanya, kerajaan sedar permintaan serta desakan supaya pengeluaran itu boleh dibuat datang daripada mereka yang mengalami kesusahan ketika ini.
"Bukan tak nak bagi, tetapi kita melihat jaminan masa depan penyimpan terbabit. Akaun 2 sudah keluarkan... sekarang akaun 1 pula. Bagaimana nanti apabila mereka bersara?
"Tetapi 'suara-suara' itu makin gamat, datang daripada mereka yang benar-benar terkesan dan betul-betul dah tak ada duit.
"Kerana itu saya beritahu Menteri Kewangan, kita kena pertimbangkan juga dan buat keputusan untuk benarkan pengeluaran dari akaun 1, tetapi secara bersasar," katanya dalam program Agenda AWANI Khas Bersama Perdana Menteri, malam ini.
Tambah beliau, terma secara bersasar itu ditekankan kerana mahu memastikan hanya mereka yang terjejas sahaja yang membuat pengeluaran.
"Kira-kira 460,000 pencarum KWSP akan menjadi penerima kumpulan bersasar, boleh membantu mengurangkan bebanan mereka.
"Kalau dilihat Belanjawan 2021, banyak jenis peruntukan dan bantuan yang kita sediakan dan ini juga mungkin boleh beri kelegaan kepada golongan ini.
"Dengan bantuan-bantuan yang diberikan itu, kalau boleh jika (mereka) masih ada wang... dan simpanan dalam akaun 1 itu tidak begitu banyak... kalau boleh, janganlah sentuh (keluarkan wang).
Topic Berkaitan
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#KWSP
#kerajaan
#COVID-19
#Belanjawan 2021
#akaun 1
#akaun 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan