awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran durian meningkat hingga 180,000 metrik tan - FAMA

Bernama
Bernama
14/08/2018
09:18 MYT
Pengeluaran durian meningkat hingga 180,000 metrik tan - FAMA
Buah-buah durian itu antara lain akan diproses dan disejuk beku untuk dieksport ke China. - Gambar fail
Pengeluaran durian di seluruh negara meningkat tahun ini hingga mencecah 180,000 metrik tan berbanding 60,000 metrik tan tahun lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mohd Anis Mohd Yasin berkata jumlah itu melibatkan pelbagai jenis durian seperti durian kampung, durian telur dan durian premium termasuk Musang King.
"Meskipun berlaku lambakan durian, ia masih terkawal kerana buah-buah durian itu akan diproses dan disejuk beku untuk dieksport ke China, malah bekalan durian semakin tidak mencukupi kerana ada pengilang membeli durian di kebun bagi membuat pelbagai jenis makanan termasuk kek dan aiskrim," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan kempen lebihkan makan buah-buahan tempatan peringkat negeri di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah FAMA Terengganu Fauzi Mohamad.
Mohd Anis berkata selain China, durian turut dieksport ke 22 negara lain, antaranya Singapura, Hong Kong, Australia dan Amerika.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amis mohd yasin
#durian
#FAMA
#Musang King
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan