awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran kad UNHCR warga Myanmar perlu dikaji semula - Shahidan

Bernama
Bernama
07/12/2016
00:00 MYT
Pengeluaran kad UNHCR warga Myanmar perlu dikaji semula - Shahidan
Shahidan bimbang jika pemegang kad UNHCR itu turut terlibat melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Wilayah Rakhine. - Gambar fail
Pengeluaran kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan kepada warga Myanmar perlu dikaji semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata ia bagi memastikan kad itu hanya dikeluarkan kepada etnik Rohingya beragama Islam yang berada di negara ini.
"Sekarang ini saya nak minta kepada pihak Majlis Keselamatan (Negara) melihat balik kad yang dikeluarkan oleh UNHCR yang sepatutnya dikeluarkan kepada orang-orang Rohingya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Rabu.
Shahidan bimbang jika pemegang kad UNHCR itu turut terlibat melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Wilayah Rakhine.
Katanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menjalankan siasatan terutama terhadap Menteri Luar dan Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi kerana membiarkan kekejaman berlaku di daerah itu.
"Dia (Aung San Suu Kyi) kena ingat, dia sendiri harus dilihat sama ada layak atau tidak mendapat Hadiah Nobel Keamanan. Saya tidak sangka yang kononnya memperjuangkan kemanusiaan tetapi membiarkan kekejaman berlaku kepada negerinya sendiri," kata Shahidan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad UNHCR
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Myanmar
#Rakhine
#Rohingya
#Shahidan Kassim
#Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan