Mazda hanya mengambil masa tiga tahun dan lima bulan sebelum berjaya melepasi angka satu juta bagi pengeluaran model CX-5 yang bermula pada November 2011. Ini menjadikan SUV tersebut model kedua paling pantas untuk mencapai jumlah tersebut selepas Mazda3.

Sejak pengeluaran dimulakan di kilang Ujna di Hiroshima, Mazda CX-5 juga dipasang di China (kilang Changan Mazda Automobile Co. Ltd.), Rusia (Mazda Sollers Manufacturing Rus), dan Vietnam (Vina Mazda Automobile Manufacturing).

Selain itu, pengeluaran Mazda CX-5 juga dibuat di Kulim, Kedah, yang dimulakan pada tahun 2013 oleh Inokom. Sekarang pemasangan dilakukan di kilang yang sama tetapi di fasiliti khas dengan pelaburan Mazda Corporation serta Bermaz Motor.