MELAKA: Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata bagaimanapun, proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menunggu untuk tempoh masa lebih lama kerana JPN akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.
"Ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) kerana ia merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu satu-satunya dokumen diiktiraf bagi urusan penting seperti permohonan sekolah dan sebagainya.
Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan kad pengenalan (MyKad) pada program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) kepada kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU), Nur Aleeya Ammar,12, di Bukit Godek, Semabok Dalam yang turut dihadiri Pengarah JPN Melaka Norazle Sulaiman.
Ruslin berkata menerusi MEKAR JPN iaitu program turun padang bagi urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan sijil kelahiran kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan penduduk di pendalaman memberi impak positif sejak diperkenalkan pada 2013.
"Sehingga kini sebanyak 292,999 permohonan di seluruh negara telah dilaksanakan melalui program MEKAR melibatkan 14,340 program diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang merupakan pendekatan produktif JPN dalam memastikan setiap penduduk di negara ini layak menikmati kemudahan ditawarkan kerajaan.
"Bagi negeri Melaka sebanyak 78 program seumpama ini telah dijalankan dan berjaya membantu 212 pemohon dan pada tahun ini sebanyak 100 program dengan 300 hingga 400 pemohonan disasarkan dapat diproses sekali gus membantu mereka yang memerlukan," katanya.
Sementara itu, Rohana Ariffin, 58, nenek yang juga penjaga Nur Aleeya berkata dia bersyukur dan berpuas hati dengan program MEKAR kerana memudahkan urusan mereka sekeluarga untuk proses permohonan MyKad cucunya yang juga OKU fizikal berikutan hanya terlantar dan tidak boleh berdiri.
Katanya, proses permohonan dokumen telah dilakukan oleh pasukan Unit Mekar JPN Melaka pada 5 Jan lepas iaitu pada hari lahir cucunya dan dalam tempoh seminggu cucunya telah menerima kad pengenalan.
"Saya mengetahui program MEKAR ini daripada seorang daripada anak saudara yang juga kakitangan JPN dan dalam waktu singkat pihak mereka datang ke rumah untuk melakukan proses permohonan. Kami bersyukur kerana ia sangat mudah dan cepat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Ruslin berkata, proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menunggu untuk tempoh masa lebih lama kerana JPN akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat. - Gambar fail
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi akan mengetegahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
[TERKINI] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta delegasi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad. Puncanya pendaratan yang disorot media-media antarabangsa sebagai 'hard landing' itu bagaimanapun masih belum jelas. Pihak kecemasan telahpun digegaskan ke lokasi bagi memberikan pertolongan sewajarnya kepada kesemuanya yang terlibat.
Komuniti Madani sebagai medium menyalurkan maklumat yang sahih
1,878 komuniti Madani ditubuhkan untuk bantu salurkan mesej daripada Kerajaan Persekutuan sampai ke peringkat akar umbi khususnya seperti isu 3R
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ketirisan diesel subsidi lebih RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Negara mengalami ‘ketirisan’ diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1.2 juta sehari, akibat aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Aktivis teater ASWARA Rosminah Tahir meninggal dunia
Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
Pengeluaran MyKid ditangguh enam bulan - JPN
Susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
Muhyiddin nafi dakwaan nombor MyKid Prasana ditukar JPN
Pada 23 Februari, INGAT mendakwa nombor MyKid Prasana telah ditukar, menyebabkan usaha untuk mengesan lokasinya semakin sukar.