awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran permit memasuki hutan simpan kekal di Gua Musang dihenti sementara

Bernama
Bernama
17/11/2016
00:17 MYT
Pengeluaran permit memasuki hutan simpan kekal di Gua Musang dihenti sementara
Orang Asli yang tinggal di HSK Balah, Gua Musang membuat sekatan di Kampung Petei pada 30 Okt 2016 bagi menghalang aktiviti pembalakan di kawasan itu. - fotoBERNAMA
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menghentikan sementara pengeluaran permit memasuki Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, HSK Perias dan HSK Gunung Stong Selatan, kata Pengarahnya Datuk Zahari Ibrahim.
Beliau berkata pengeluaran permit itu dihentikan sementara susulan notis pengosongan yang dikeluarkan jabatan itu di beberapa lokasi sekatan oleh Orang Asli di Gua Musang.
"Kami menerima arahan daripada kerajaan negeri bagi menangguhkan pengeluaran permit itu berkuat kuasa esok hingga tarikh yang akan diberitahu kemudian.
"Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada penduduk Orang Asli yang lahir dan berasal dari Kelantan sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Zahari berkata arahan berkenaan bertujuan memastikan proses perundingan berkaitan tuntutan Orang Asli dengan kerajaan negeri tidak terjejas.
"Operasi penguatkuasaan permit memasuki Hutan Simpan Kekal yang dijalankan Jabatan Perhutanan Kelantan akan diteruskan bagi memastikan tiada pelanggaran daripada aspek penguatkuasaan Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).
"Sesiapa yang melanggar arahan tersebut akan ditahan dan didakwa mengikut enakmen berkenaan," katanya.
Zahari berkata urusan rasmi antara agensi kerajaan dengan masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit, seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Jabatan Kesihatan masih boleh diteruskan tanpa sebarang halangan.
Katanya, mana-mana individu dan pihak luar yang ingin membuat aktiviti kebajikan termasuk penghantaran makanan dan ubat-ubatan kepada masyarakat Orang Asli hendaklah melalui Jabatan Perhutanan Negeri. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#HSK Perias dan HSK Gunung Stong Selatan
#Hutan Simpan Kekal Balah
#Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan