Penjejak (trekker) berpengalaman dari dalam dan luar negara diminta secara sukarela membantu dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pengembara warga Malaysia, Dennis Lee Thian Poh, yang hilang di sirkit kembara Annapurna, Nepal, pada 5 April lepas.
Jurucakap keluarganya berkata selama beberapa hari, pasukan SAR bebas yang dibantu oleh pihak berkuasa Nepal telah menjalankan pencarian di kawasan itu tetapi belum mendapat apa-apa petunjuk tentang lokasi mangsa.
"Pasukan itu sekarang menumpukan usaha mencari di kawasan antara Khobra dan Bayali.
"Oleh kerana hari ini ialah hari kesembilan sejak Dennis hilang dan cuaca di kawasan pencarian dijangka bertambah buruk dalam masa beberapa hari akan datang dengan kemungkinan salji turun, kami sangat-sangat memerlukan seberapa banyak pasukan sokongan untuk memperluaskan pencarian kerana tempoh beberapa hari akan datang adalah kritikal," katanya ketika dihubungi, di sini pada Isnin.
Beliau berkata oleh kerana masa adalah penting, keluarga sangat bimbang dan mahu Dennis ditemui secepat mungkin.
Penjejak berpengalaman yang ingin membantu usaha mencari dan menyelamat, dapat menghubungi pasukan Penyelamat di talian 977-9856025679.
Bernama
Mon Apr 13 2015
Pasukan SAR bebas yang dibantu oleh pihak berkuasa Nepal telah menjalankan pencarian di kawasan itu tetapi belum mendapat apa-apa petunjuk tentang lokasi Dennis - Gambar Fail
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
Pengembara hilang: Keluarga rayu penjejak berpengalaman bantu dalam SAR
Penjejak berpengalaman dari dalam dan luar negara diminta secara sukarela membantu dalam usaha SAR pengembara warga Malaysia, Dennis Lee.
Pasukan SAR kesan koordinat panggilan telefon terakhir pendaki Malaysia
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan koordinat panggilan telefon terakhir dibuat pendaki amatur Malaysia, Dennis Lee Thian Poh yang dilaporkan hilang di Nepal.