KUALA LUMPUR: Pengembara dari luar negara bagi kategori Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara dan darat, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan One Stop Centre (OSC) untuk pelawat perniagaan jangka pendek, perlu menjalani ujian COVID-19 selama enam hari selepas tiba di Malaysia.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keperluan itu berkuat kuasa esok dan merupakan tindakan pengukuhan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada langkah pencegahan dan kawalan sedia ada, bagi mencegah kemasukan dan penularan varian Omicron ke negara ini.
"Pengembara kategori tersebut perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 semasa ketibaan di Malaysia, ujian RTK-Ag atau ujian pantas antigen (kendiri) pada hari kedua, keempat dan keenam selepas ketibaan dan melakukan ujian RTK-Ag (profesional) pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan.
"Bagi pengembara LITB, mereka perlu menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh dua hari sebelum berlepas keluar dari Pulau Langkawi. Semua keputusan ujian perlu dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera," katanya dalam kenyataan mengenai tindakan pengukuhan pencegahan dan pengawalan COVID-19 bagi pengembara dari luar negara hari ini.
Selain menetapkan pengembara daripada kategori tersebut perlu lengkap vaksinasi, Khairy berkata mereka juga dikehendaki melakukan ujian RT-PCR dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Malaysia, menggantikan prosedur terdahulu yang menetapkan 72 jam sebelum berlepas.
Khairy berkata bagi pengembara dari lima negara yang melaporkan penularan varian Omicron dalam komuniti iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Perancis dan Norway, mereka juga perlu melakukan ujian RT-PCR dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan perlu memakai peranti pengesanan digital sepanjang tempoh kuarantin wajib.
Keperluan melakukan ujian RT-PCR dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan pemakaian peranti pengesanan digital semasa kuarantin wajib juga terpakai bagi pengembara (warganegara dan pemegang pas lawatan jangka panjang) dari lapan negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara sebelum ini.
Menurut Khairy, tindakan pengukuhan yang dilaksanakan KKM itu akan disemak dari semasa ke semasa.
Sehingga semalam, sebanyak 43 negara telah melaporkan kes COVID-19 jangkitan varian baharu Omicron dengan lapan daripadanya dikenakan sekatan perjalanan sementara bermula 27 Nov lepas melibatkan Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keperluan itu berkuat kuasa esok. - Gambar fail/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
VTL Thailand dan Kemboja: Malaysia sudah bersedia, setanding negara maju - MATA
Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan laluan baharu VTL ke Thailand dan Kemboja, selepas Singapura.
PRN Johor: Pengundi mula pulang dari Singapura untuk tunai tanggungjawab
Menjelang hari pengundian platform bas VTL di Larkin Sentral dipenuhi penumpang yang pulang ke tanah air dari Singapura antaranya mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
PRN Johor: Sukarelawan bantu bawa masuk undi pos rakyat Johor di Singapura guna VTL darat
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
SOP ulang alik harian ke Singapura dimuktamad minggu depan - Khairy
Perkara itu dijangka akan dimuktamadkan minggu hadapan selepas penelitian beberapa aspek dibuat termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa negara berkenaan.
Pembukaan sempadan: PM akan umum minggu depan - Khairy
Mesyuarat Kabinet pada Jumaat telah bersetuju dengan keputusan itu.
VTL: Laluan baharu antara Malaysia-Thailand-Kemboja bermula 15 Mac
Pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.
Malaysia runding VTL dengan 12 negara termasuk Korea Selatan, Australia, UK
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan 12 negara bagi cadangan pelaksanaan kerjasama Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL), kata Kementerian Luar.
Miri, Limbang, Lawas antara daerah dapat manfaat pelaksanaan VTL bersama Brunei
Ini adalah merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk mengangkat kembali ekonomi tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Buka sempadan: Malaysia, Thailand setuju laksana VTL
Malaysia dan Thailand bersetuju perbincangan agensi digiatkan untuk buka semula sempadan kedua-dua negara.
Singapura-Malaysia bincang perluas VTL darat untuk kenderaan persendirian
Singapura sedang berbincang dengan Malaysia mengenai memperluaskan pengaturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) darat untuk kenderaan dan koc persendirian.