awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali makanan perlu patuhi arahan KKM - Dr Hilmi

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2017
09:23 MYT
Pengendali makanan perlu patuhi arahan KKM - Dr Hilmi
DR HILMI: KKM mengingatkan semua pengusaha kantin sekolah dan pengendali makanan di negara ini supaya mematuhi arahan yang ditetapkan. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan semua pengusaha kantin sekolah dan pengendali makanan di negara ini supaya mematuhi arahan yang ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada pelajar bagi mengelak insiden keracunan makanan berulang.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pengendali makanan perlu peka terhadap aspek kebersihan dan penyediaan makanan bagi memastikan kualiti makanan yang disediakan benar-benar mencapai piawaian yang ditetapkan.
“Bagi memastikan insiden keracunan di sekolah-sekolah tidak berulang, pihak KKM akan meningkatkan lagi pelbagai program kesedaran kepada pengusaha kantin sekolah dan pengendali makanan yang lain.
“Itulah perkara yang mungkin akan berlaku di mana mereka tidak peka akan berlaku jangkitan kuman. Sebab itu kita ada program dan pelbagai peraturan untuk kantin di sekolah atau di kilang.
“Kita harap mereka ikut untuk mengelakkan isu keracunan makanan berulang,” katanya semasa berucap pada majlis Program Hadiah Kasih Sayang ‘beg to school’ kepada 100 pelajar Sekolah Kebangsaan Telok Bahang pada Jumaat.
BACA: 47 pelajar sekolah agama di Jitra cirit-birit keracunan makanan
Tambahnya, pengendali makanan di kantin sekolah perlu lebih bertanggungjawab bagi mengelak tindakan dikenakan kepada mereka.
Antara peraturan yang perlu dipatuhi pengendali makanan ialah peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009.
Beliau mengulas insiden keracunan makanan terbaru melibatkan seramai 47 pelajar tingkatan satu hingga enam di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Jitra selepas memakan daging masak kari di kantin sekolah itu.
Siasatan mendapati daging masak kari yang dimakan pelajar sekolah berkenaan dipercayai tidak dimasak dengan sempurna.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
#KKM
#Sekolah Kebangsaan Telok Bahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan