awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pengendali pengangkutan awam harus ada pakar sendiri'

Bernama
Bernama
10/11/2022
03:22 MYT
'Pengendali pengangkutan awam harus ada pakar sendiri'
Perkhidmatan tren LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 6 pagi semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengendali sistem pengangkutan awam sepatutnya mempunyai pakar mereka sendiri bagi menyelesaikan sebarang gangguan atau masalah teknikal pada sistem pengangkutan tersebut.
Pakar kejuruteraan pengangkutan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Amiruddin Ismail berkata pengendali sistem pengangkutan awam khususnya yang telah lama beroperasi di negara ini, seharusnya sudah mempunyai pakar tempatan.
"Mungkin ini antara kerosakan yang besar, jadi kita perlukan khidmat pakar dari luar negara untuk membaikinya. Pakar yang ada di negara kita mungkin belum mencapai tahap diperlukan bagi kerosakan tersebut.
"Bagaimanapun, kita perlu pastikan bahawa negara kita mempunyai pakar tempatan untuk mengendalikan permasalahan seperti ini kerana kita mula menjalankan perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) sejak 1998, lebih kurang 24 tahun lepas," katanya dalam program "Malaysia Petang Ini" terbitan Bernama TV semalam.
Perkhidmatan tren LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 6 pagi semalam, selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah dilapor berkata isu utama pada Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) belum dikenal pasti dan berharap dengan bantuan pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Kanada dan Dubai yang dijangka tiba esok, dapat membantu dalam proses baik pulih.
Amiruddin turut mengesyorkan supaya pihak terlibat lebih bersedia dalam aspek pengurusan perkhidmatan bagi memastikan pengguna terus menikmati perkhidmatan sekiranya berlaku gangguan atau masalah teknikal pada sistem.
"Kita perlu buat persediaan luar jangka seperti sistem bas yang banyak supaya pengguna boleh terus mendapatkan perkhidmatan tanpa gangguan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT
#masalah teknikal
#pengangkutan awam
#pakar tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan