SEORANG wanita dari Utah, Amerika Syarikat yang mengendalikan saluran YouTube berkonsep keibubapaan menghadapi tuduhan penderaan dan pengabaian kanak-kanak selepas anak lelakinya melarikan diri dari rumah.
Ruby Franke dan rakan perniagaannya Jodi Hildebrandt ditahan di Ivins, Utah, awal minggu ini.
Pihak berkuasa juga menemui anak perempuan Franke yang berusia 10 tahun dalam keadaan kekurangan zat makanan di rumah pasangannya.
Kedua-dua wanita didakwa atas enam pertuduhan penderaan kanak-kanak pada Jumaat.
Polis berkata, anak lelaki Franke yang berusia 12 tahun memanjat keluar dari tingkap dan berlari ke rumah jiran untuk meminta makanan dan air.
“Jiran mengatakan remaja itu kelihatan kurus dan kurang zat makanan, dengan kesan luka yang dalam dan pita pelekat di bahagian kaki,” kata kenyataan Jabatan Keselamatan Awam Santa-Clara Ivins.
Kedua-dua beradik itu dibawa ke hospital kerana luka yang dalam akibat diikat dengan tali dan kekurangan zat makanan.
Keseluruhannya, empat kanak-kanak diletakkan di bawah jagaan perkhidmatan keluarga dan kanak-kanak, menurut kenyataan itu.
Pada Jumaat, pegawai Washington County di Utah secara rasmi mendakwa Franke dan Hildebrandt dengan tiga pertuduhan mendera secara emosi, fizikal, dan malnutrisi.
Setiap pertuduhan membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga AS$10,000, kata pegawai Washington County.
Franke, 41, menjadi terkenal di YouTube pada 2015 selepas salurannya, 8 Passengers, yang membincangkan aspek keibubapaan dan penjagaan anak-anak, mula mendapat perhatian.
Saluran itu memperoleh lebih dua juta pelanggan sebelum dinyahaktifkan awal tahun ini.
Tiada maklumat tentang keberadaan suami Franke, Kevin, namun media melaporkan mereka masih suami isteri.
Pasangan itu mempunyai enam anak iaitu Shari, Chad, Abby, Julie, Russell dan Eve.
Franke juga pernah dikritik kerana menghukum anaknya tidur di atas bean bag selama beberapa bulan atas kesalahan yang dilakukan, namun vlogger itu menafikan dan menyifatkannya sebagai tindakan disiplin.
Dia juga pernah muncul dalam video YouTube yang disiarkan oleh Hildebrandt, seorang kaunselor dan life coach, di saluran ConneXions Classroom.
Menurut laporan di Salt Lake Tribune, Hildebrandt diletakkan dalam tempoh percubaan selama 18 bulan dan pernah hampir kehilangan lesennya sebagai ahli terapi selepas membincangkan hal pesakitnya secara terbuka tanpa kebenaran.
Anak perempuan sulung Franke, Shari, berkongsi siaran di Instagram selepas ibunya ditahan, mengatakan bahawa dia dan keluarga "sangat gembira keadilan ditegakkan".
"Kami telah cuba untuk memberitahu pihak berkuasa selama bertahun-tahun tentang perkara ini, dan sangat gembira mereka akhirnya tindakan diambil," katanya.
Agensi
Sat Sep 02 2023
Franke menjadi terkenal selepas salurannya, 8 Passengers, yang membincangkan aspek penjagaan enam anaknya, mula mendapat perhatian. - Instagram/passengers_official_
Hari dialog tamadun 'jambatan penghubung' masyarakat
Pewartaan tanggal 10 Jun sebagai Hari Antarabangsa Dialog Tamadun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sempena sesi perhimpunan agung ke-78 berperanan penting dalam menjadi jambatan penghubung buat masyarakat global yang dinamik.
Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) amat mengalu-alukan pengisytiharan hari berkenaan untuk merapatkan jurang masyarakat dunia yang pelbagai dengan budaya yang berbeza khusus sekali dalam era ketamadun.
Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) amat mengalu-alukan pengisytiharan hari berkenaan untuk merapatkan jurang masyarakat dunia yang pelbagai dengan budaya yang berbeza khusus sekali dalam era ketamadun.
Tentera Korea Utara ceroboh sempadan Korea Selatan
Tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran selepas beberapa beberapa askar Korea Utara menceroboh sempadan negara itu.
Kesediaan hamas setuju disifatkan satu harapan - Blinken
Hamas menyambut baik resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung cadangan Amerika Syarikat untuk pelaksanaan gencatan senjata kekal dan pembebasan tahanan di Gaza.
[TERKINI] Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah
Hunter Biden didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api haram dan di bawah pengaruh dadah.
Pindaan jadual penerbangan pulang hanya berkaitan isu fiqh wanita, kesihatan
Pengarah Operasi Mekah, Lembaga Tabung Haji (TH) 1445H/2024M, Rozila Omar Ali maklumkan, sebarang perubahan terhadap jadual penerbangan (KT) pulang jemaah haji hanya dilakukan jika ia ada berkaitan dengan masalah kesihatan dan fiqh wanita.
Naib Presiden Malawi, 9 lain disahkan terkorban
Presiden Malawi, Lazarus Chakwera dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan serpihan bangkai pesawat telah ditemui dan kesemua mangsa tidak terselamat.
[TERKINI] Bersatu hantar surat kepada 6 MP, 2 ADUN dalam masa terdekat
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung status keahlian mereka yang sudah terhenti dalam masa sehari dua lagi.
Calon Kerajaan Perpaduan diumum pada Rabu
Calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan diumumkan pada 9 malam Rabu.
Malaysia banding, teliti kekuatan negara pesaing dan ubah
Sistem pendidikan perlu sentiasa segera diintegrasikan dengan keperluan dan kesesuaian zaman. Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada malam Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 pada Selasa yang mana ia dapat menjamin Malaysia terus kompetitif di peringkat global khusus sekali dalam sektor industri dan perdagangan. Ujarnya, Malaysia perlu mengenal pasti kekuatan negara pesaing demi memastikan perubahan sewajarnya dilaksanakan.
Lebih 11 juta liter diesel dirampas setakat 10 Jun - KPDN
Rampasan tersebut dibuat menerusi Ops Tiris 3.0 dengan kerjasama agensi strategik termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM); Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Pengendali saluran YouTube berkonsep keibubapaan didakwa dera anak
Franke menjadi terkenal selepas salurannya, 8 Passengers, yang membincangkan aspek penjagaan enam anaknya, mula mendapat perhatian.